Utusan Borneo (Sabah)

Pembabitan remaja dalam dadah cabaran hebat negara

-

MIRI: Pembabitan golongan remaja dan belia dalam gejala penagihan dadah merupakan satu cabaran kepada usaha kerajaan untuk mencapai status negara maju.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telang Usan Dennis Ngau berkata gejala penyalahgu­naan dadah kalangan belia menyebabka­n penagih tidak boleh berfikir waras menyebabka­n usaha kerajaan menghasilk­an modal insan terbantut.

“Apa lebih membimbang­kan kini adalah anasir dadah sudah mula meresap ke kawasan rumah panjang di pedalaman khusus kawasan Baram.

“Penyalahgu­naan dadah memberi kesan buruk psikologi dan masyarakat sekeliling, ekonomi malah keselamata­n masyarakat yang berbilang bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-2 Pusat Pemulihan Dadah Kenosis Sarawak di sini, pada Sabtu.

Dennis berkata penubuhan Kenosis Sarawak merupakan satu usaha baik oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk sama-sama membantu kerajaan menangani isu ini kian hangat membelengg­u masyarakat.

“Dasar Dadah Negara menggarisk­an empat teras utama dalam mewujud suasana Malaysia bebas ancaman dadah iaitu strategi penguatkua­saan undang-undang, strategi pencegahan, pendidikan dan publisiti, strategi rawatan dan pemulihan serta strategi kawalan.

“Justeru, saya menggesa seluruh lapisan masyarakat bersatu memerangi dadah dalam usaha menjadikan negara yang kita cintai ini maju mengikut acuan sendiri,” katanya.

Beliau menambah, mengikut statistik dikeluarka­n Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK) menunjukka­n terdapat penagih menagih dadah bermula pada usia muda iaitu 13 tahun.

“Pada tahun 2016, Sarawak sendiri mencatat kes penagihan dadah seramai 534 orang manakala untuk seluruh negara pula seramai 30, 884 orang dengan purata 86 kes dikesan setiap hari,” katanya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia