Utusan Borneo (Sabah)

KBMU sahut seruan kerajaan perhebatka­n aktiviti sukan eratkan perpaduan Gen Y

-

KOTA KINABALU : Kelab Belia Maju Usaha (KBMU) akanmemper­hebatkanak­tiviti sukan bagi menyahut seruan kerajaan untuk memantapka­n lagiperpad­uandalamka­langan Gen Y melalui sukan.

Pengerusi KBMU Ninewjo Newmond berkata aktiviti itu akan dilaksanak­an dengan kerjasama anggota peminat Borneo Manchester United (BMU) Sabah.

Beliau berkata antara sukan yang diberi tumpuan oleh KBMU, yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia, ialah sukan futsal dan perlawanan persahabat­an bola sepak.

Ninewjo yang juga presiden BMU berkata baru-baru ini sahaja, KBMU bersama-sama BMUSabahte­lahmengada­kan perlawanan persahabat­an bola sepak dalam kalangan ahliahli BMU Sabah di Stadium Likas, dekat sini.

Selain mengeratka­n silaturahi­m, katanya, aktiviti perlawanan sukan seumpama itu menjadi landasan bagi mengasah bakat semulajadi dalam sukan pemain-pemain muda BMU Sabah yang juga merupakan peminatpem­inat Kelab Liga Inggeris yang terkemuka iaitu Manchester United.

Ninewjo berharap semua ahli-ahli BMU Sabah agar terus utamakan persahabat­an antara sesama mereka, kesihatan badan dan juga hubungan dengan masyarakat setempat.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahliahli BMU Sabah yang sudah umpama keluarga kerana sentiasa setia menyokong aktiviti BMU Sabah selama ini.

Perlawanan bola sepak persahabat­anyangmeru­pakan aktiviti terakhir KBMU dan BMU Sabah bagi tahun 2017 itu turut dihadiri Timbalan Presiden BMU Sabah Alexander Ngindang dan beberapa AJK BMU Sabah yang sentiasa komited melaksanak­an aktiviti BMU Sabah sepanjang tahun ini.

Ninewjo berkata KBMU merancang untuk menganjurk­an lebih banyak aktiviti sukan sepanjang tahun 2018.

 ??  ?? PARA pemain KBMU dan BMU yang mengadakan perlawanan bolasepak persahabat­an di Stadium Likas, baru-baru ini.
PARA pemain KBMU dan BMU yang mengadakan perlawanan bolasepak persahabat­an di Stadium Likas, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia