Utusan Borneo (Sabah)

Keningau bermula garang

-

45kg ke bawah, kata lelaki individu dan kumite lelaki 84kg ke atas.

Pingat emas kumite wanita 68kg ke atas dimenangi Allyrianna Appolony Appolong (Tuaran) selepas menewaskan Roziana Adnan Agukal (Lahad Datu) manakala pingat emas kumite wanita 45kg ke bawah dimenangi Elvira Godfrey (Tambunan), perak Dona Mila Padarik (Keningau) sementara pemenang bersama pingat gangsa adalah Nur Waznah Farzana Kahar Tahir (Sandakan) dan Glendiana Johny (Putatan).

Pingat emas kata individu lelaki pula dimenangi Josvin Jase (Keningau), perak Kenlorenso­n Nam (Kota Kinabalu) dan pemenang bersama gangsa adalah Nur Aliff Ruzdee Ruzlee (Papar) dan Aaron King Rodil (Tawau) manakala pingat emas kumite lelaki 84kg ke atas dimenangi Arthuric Gideon (Penampang), perak Churchill Glenn Saimon (Tenom) dan gangsa Raymond Shang Jeun Yuan (Sandakan).

Kategori kumite wanita 68kg ke atas dan kumite lelaki 84kg ke atas hanya melibatkan dua dan tiga peserta selepas penyertaan beberapa lagi peserta ditolak kerana gagal menepati syarat penyertaan.

Acara karate berakhir hari ini dengan tawaran 10 lagi pingat emas. SANDAKAN: Keningau gah pada perasmian SAGA VIII 2017 Sandakan semalam apabila sudah ada 10 pingat emas, lima perak dan satu gangsa ditangan yang dimenangi pada Sabtu dan Ahad.

Pencapaian itu meletakkan Keningau bermula jauh di hadapan dalam carta kutipan pingat keseluruha­n selepas 26 pingat emas, 26 perak dan 31 gangsa ditawarkan sehingga tengah hari kelmarin.

Silat menjadi penyumbang utama pingat emas yang menyaksika­n Keningau merangkul enam dari lapan pingat emas yang ditawarkan pada Sabtu.

Dua lagi pingat emas Keningaudi­menangidar­iacara memanah manakala karate dan sepak takraw masingmasi­ng menyumbang­kan satu emas.

Pencabarte­rdekatKeni­ngau adalah Tawau dengan empat emas, tujuh perak dan lima gangsa manakala Kota Kinabalu di tangga ketiga dengan tiga emas, dua perak dan empat gangsa.

Pasukan tuan rumah Sandakan dikeduduka­n ke10 di kalangan 26 pasukan dengan tiga perak dan tiga gangsa.

Sukan dwitahunan terbesar negeri ini berkenaan berlangsun­g sehingga 15 Disember dengan tawaran pingat keseluruha­n 197 emas, 197 perak dan 285 gangsa.

 ??  ?? PENGURUS Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS), Datu Penyuki Matta (depan tiga dari kiri) dan timbalan pengarah MSN Sabah, Valerie Wong (depan dua dari kanan) bersama pegawai sukan karate bersama pemenang acara kumite wanita 45kg ke bawah.
PENGURUS Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS), Datu Penyuki Matta (depan tiga dari kiri) dan timbalan pengarah MSN Sabah, Valerie Wong (depan dua dari kanan) bersama pegawai sukan karate bersama pemenang acara kumite wanita 45kg ke bawah.
 ??  ?? SKUAD karate KK menang dua emas pada Ahad.
SKUAD karate KK menang dua emas pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia