Utusan Borneo (Sabah)

Emartech Resources susun strategi untuk berjaya

-

PENGALAMAN berkuli jadi sandaran ketika mula berniaga. Bermula dengan apa yang ada di tangan. Menjadi budak kecil gigih berlari. Berlari dalam trek sendiri.”

Ungkapan ini antara kata-kata yang terkandung dalam buku ‘Kontraktor

Jalanan’ – Edisi Khas tulisan Mahanom Mohammad.

Sekali gus ia turut memberi gambaran kegigihan beliau mengusahak­an perniagaan bersama suaminya, Razmy Abd Razak.

Operasi awal hanya dibuat di rumah, di satu sudut bilik dengan sebuah komputer peribadi dan satu mesih pelbagai guna termasuk untuk menyalin dan mencetak.

Jatuh bangun dalam dunia perniagaan di samping tanggapan negatif masyarakat terhadap bidang yang diceburi menjadikan pasangan suami isteri ini semakin bersemanga­t tinggi untuk meneruskan usaha mereka.

Ternyata perjalanan kira-kira 18 tahun menguruska­n syarikat sendiri, Emartech Resources Sdn Bhd membuahkan hasil untuk Mahanom dan Razmy Abd Razak dari segi kemajuan perniagaan serta pengiktira­fan.

Antara pelanggan Emartech termasuk Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Perdana Menteri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n, FRIM dan Celcom Axiata.

September lepas, syarikat ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kontraktor Terbaik Gred G1 pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2017.

Ditubuhkan pada 1998, syarikat suami isteri ini bermula dengan perniagaan menyelengg­ara sistem pendingin hawa bangunan sebelum menerokai bidang pembinaan.

STRATEGI PERNIAGAAN

Emartech Resources tergolong dalam kategori kontraktor kelas F dan dalam lapisan kategori kontraktor di Malaysia, ia dikhususka­n kepada perusahaan perseorang­an atau syarikat milik Bumiputera.

Kontraktor dalam kategori ini layak membida tender kerajaan bernilai bawah RM200,000.

Malangnya bila disebut sahaja tentang kontraktor kelas F, pandangan umum terhadap golongan ini seolah-olah sudah sinonim dikaitkan dengan perbuatan rasuah.

Mahanom dengan tegas menangkis tanggapan berkenaan kerana sebagai peniaga beliau ampuh dengan pendiriann­ya iaitu perniagaan adalah satu jalan untuk mencari rezeki tetapi mesti dengan cara yang halal.

Beliau amat bersyukur kerana sehingga hari ini prinsip anti rasuah yang dipegang bukan sahaja

masih utuh, tetapi ada kalanya turut mendatangk­an pulangan yang tidak disangka-sangka.

Berdasarka­n pengalaman beliau, semakin beliau menolak rasuah, rezeki datang dengan cara yang tidak disangka-sangka dari jalan yang tidak pernah terlintas di fikirannya.

“Ada pernah sekali, ujian yang datang hebat juga, tetapi kami kuatkan tekad, kami tolak. Tak sampai lima minit, masuk panggilan telefon dan beri kami satu ‘job’ yang nilainya berkali ganda daripada nilai projek yang kami tolak itu. Allah sahaja tahu betapa bersyukurn­ya kami ketika itu,” kongsi Mahanom yang juga Pengarah Eksekutif Emartech.

Rentetan kejadian seperti inilah yang menguatkan terus semangat Mahanom dan suaminya untuk bukan sahaja menolak, bahkan memerangi amalan rasuah. Menceritak­an pengalaman beliau, Mahanom berkata antara strategi yang digunakan beliau untuk mengelak daripada ‘terpaksa’ memberi rasuah adalah dengan melibatkan pihak berwajib dalam proses kerja.

Dalam satu kes, penyelia aset milik jabatan kerajaan cuba memujuk beliau untuk menipu transaksi supaya kos penuh yang diperuntuk­kan dapat dituntut supaya lebihannya dapat diambil.

“Peruntukan RM19,000 disediakan jika kerosakan memerlukan penggantia­n dengan alat baru. Bila kita periksa rupanya kerosakan hanya bernilai beberapa ratus ringgit sahaja. Diamdiam saya telefon pegawai daripada jabatan kerajaan itu, minta dia turun lihat sendiri kerosakan yang berlaku.

“Kemudian pegawai itu dan saya berlakonla­h. Kononnya dia tanya saya berapa harga untuk pembaikian dan saya sebut harga sebenar. Jabatan kerajaan itu tak kena tipu, saya pun senang hati. Penyelia itu tak boleh nak buat apa-apa,” cerita Mahanom.

MUKA BARU

Usahawan ini berpandang­an, industri pembinaan memerlukan orang muda untuk terus merancakka­n perkembang­an serta kemajuanny­a. Justeru Mahanom berharap lebih ramai anak muda terbuka hati untuk menceburka­n diri menjadi kontraktor kelas F supaya semua peluang ini dapat direbut dan dirasai bersama.

“Saya lihat ramai anak muda yang berpotensi besar untuk pergi lebih jauh tetapi tidak ramai yang bertahan lama sebab dijaja dengan isu seperti rasuah menjadikan mereka patah semangat,” kata Mahanom yang turut memberitah­u penulis dua orang anaknya, Eddyn Hafidz, 24, dan Edlyn Haneez, 21, kini bekerja dengan Emartech, masingmasi­ng sebagai Pengurus Projek dan Pereka Bentuk Projek.

Dengan penglibata­n berbelas tahun dalam industri itu, beliau tidak menafikan memang wujud cabaran berkaitan amalan rasuah tetapi melalui pengalaman, beliau percaya semua itu bergantung kepada pilihan seseorang usahawan itu sendiri.

Jelas beliau, peluang dalam industri pembinaan sangat luas kerana ia boleh datang daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan, swasta mahupun orang perseorang­an.

Beliau dan suaminya yang memegang jawatan Pengarah Urusan Emartech juga bersedia berkongsi ilmu sekiranya ada penggiat baru yang mahu belajar selokbelok industri ini daripada syarikat beliau yang sudah lama bertapak dalam pasaran.

PERLU PERSEDIAAN

Pengurusan mentaliti memainkan peranan penting dalam persediaan seseorang usahawan kontraktor kelas F dalam mengharung­i masa sukar bisnes yang sedang berlaku sekarang.

“Syarikat besar akan perhatikan pelan jangka pendek dan jangka panjang negara dan sesuaikan model bisnes mereka supaya kekal relevan dalam pasaran. Sebab itulah di Emartech kami meneliti dokumen Rancangan Malaysia (RMK) dan akan tekuni pembentang­an belanjawan negara setiap tahun.

“Kita perlu menongkah arus. Ambil pendekatan strategi lautan biru. Buat apa yang pesaing kita tidak buat. Setiap RMK adalah pelan jangka panjang negara manakala perlaksana­an kepada RMK diperhalus­i dalam belanjawan. Kita baca dan lihat di mana peluang untuk kita. Benda macam lebuh raya AKLEH dan DUKE, tahun 1996 saya dah baca pelan pembinaann­ya. Hanya selepas lima ke 10 tahun barulah ia terlaksana,” Mahanom mengulas panjang.

Tambah beliau, di samping segala persiapan mengikut RMK atau belanjawan setiap usahawan perlu bersedia untuk berubah terutamany­a bila ada perubahan ‘iklim’ dalam perbelanja­an negara sesuai dengan keadaan semasa yang melanda negara.

Menurut beliau lagi, model perniagaan yang ‘tidak meletakkan semua telur dalam satu raga’ akan menjadikan sesebuah syarikat fleksibel dalam menyesuaik­an diri dengan perubahan yang berlaku di luar jangka.

Selari dengan niatnya memotivasi­kan generasi muda menceburka­n diri dalam industri pembinaan dan perkhidmat­an, Mahanom berjinak-jinak dengan media sosial sebagai landasan berkongsi ilmu.

“Dengan menggunaka­n laman sosial, saya kongsikan pengalaman serta pendapat yang selama ini hanya tersimpan di otak. Saya harap apa yang saya tulis dapat menjadi rujukan generasi akan datang,” jelas beliau.

‘Kita bertanggun­gjawab atas segala apa yang kita tulis.’ Inilah prinsip yang beliau pegang dalam setiap penulisan sehingga ada beberapa penulisan beliau dalam media sosial menjadi tular.

SAINGAN GOLONGAN LELAKI

Penulis sempat menanyakan jika Mahanom menghadapi sebarang cabaran sebagai wanita yang bersaing dalam industri yang rata-ratanya dipelopori golongan lelaki sepanjang karier beliau sebagai kontraktor.

Jawab beliau, sejak awal penubuhan Emartech, beliau dan suaminya secara konsisten membina imej syarikat supaya tidak perlu bergantung kepada personalit­i individu baik dirinya atau suami tatkala berurusan dengan pelanggan.

Untuk menjayakan cara kerja ini, Mahanom suka meletakkan kepercayaa­n di bahu pekerjanya untuk berurusan secara terus dengan pelanggan tanpa perlu melalui dirinya atau suaminya sebagai perantara.

“Contoh, tugas saya adalah menjalanka­n kerja pemasaran, mencari pelanggan baru dan menjaga hubungan dengan pelanggan sedia ada. Selesai bahagian saya, bahagian operasi akan menjalanka­n tugasnya, begitu juga dengan bahagian lain,” kata beliau.

Melalui cara ini, menurut Mahanom tidak timbul masalah tentang siapa yang dihantar pihak syarikat untuk bertemu pelanggan. Tidak semestinya pelanggan kena berurusan dengan pemilik syarikat dalam setiap urusan melainkan jika perlu.

“Menggunaka­n pendekatan ini, isu perbezaan jantina sebagai pengiat industri dapat dilenyapka­n serta merta, “kata Mahanom.- Bernama

“Ada pernah sekali, ujian yang datang hebat juga, tetapi kami kuatkan tekad, kami tolak. Tak sampai lima minit, masuk panggilan telefon dan beri kami satu ‘job’ yang nilainya berkali ganda daripada nilai projek yang kami tolak itu. Allah sahaja tahu betapa bersyukurn­ya kami ketika itu.

MAHANOM MOHAMMAD

Pengasas dan Pengarah Eksekutif Emartech Resources

 ?? - GambarBERN­AMA ?? TOLAK RASUAH MAHANOM (kanan) bersama suami Razmy Abd Razak (kiri) mengasaska­n Emartech Resources Sdn Bhd sebuah syarikat kontraktor Kelas F pada tahun 1998. Mereka turut dibantu oleh dua anak, Eddyn Hafidz, 24, (dua, kanan) dan Edlyn Haneez, 21, (dua,...
- GambarBERN­AMA TOLAK RASUAH MAHANOM (kanan) bersama suami Razmy Abd Razak (kiri) mengasaska­n Emartech Resources Sdn Bhd sebuah syarikat kontraktor Kelas F pada tahun 1998. Mereka turut dibantu oleh dua anak, Eddyn Hafidz, 24, (dua, kanan) dan Edlyn Haneez, 21, (dua,...
 ??  ?? MAHANOM (kanan) sewaktu menerima Anugerah Kontraktor Terbaik Gred G1 pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA 2017) bagi syarikatny­a, Emartech Resources Sdn Bhd sebuah syarikat kontraktor Kelas F pada tahun 1998.
MAHANOM (kanan) sewaktu menerima Anugerah Kontraktor Terbaik Gred G1 pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA 2017) bagi syarikatny­a, Emartech Resources Sdn Bhd sebuah syarikat kontraktor Kelas F pada tahun 1998.
 ??  ?? MAHANOM (kiri) bersama suami Razmy Abd Razak (kanan) adalah pengasas Emartech Resources Sdn Bhd sebuah syarikat kontraktor Kelas F pada tahun 1998.
MAHANOM (kiri) bersama suami Razmy Abd Razak (kanan) adalah pengasas Emartech Resources Sdn Bhd sebuah syarikat kontraktor Kelas F pada tahun 1998.
 ??  ?? MAHANOM Mohamad adalah salah seorang pengasas Emartech Resources Sdn Bhd sebuah syarikat kontraktor Kelas F pada tahun 1998. - GambarBERN­AMA
MAHANOM Mohamad adalah salah seorang pengasas Emartech Resources Sdn Bhd sebuah syarikat kontraktor Kelas F pada tahun 1998. - GambarBERN­AMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia