Utusan Borneo (Sabah)

Kemeriahan Krismas mula dirasai pesakit di Wad Pediatrik IJN

-

Krismas diwujudkan lebih awal bagi kanak-kanak yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, untuk membolehka­n mereka merasai suasana ceria sambutan perayaan itu dan lebih bersemanga­t untuk menikmati kesembuhan segera.

Ini termasuk bagi Ahmad Mohd Hasmunir, yang kelihatan begitu gembira, walaupun mengalami masalah kecacatan jantung sejak lahir.

Ibunya, Albe Kiswati Hamzah, 40, berkata Ahmad Mohd Hasmunir yang berusia setahun, sentiasa riang dan bersemanga­t, walaupun baru menjalani pembedahan seminggu lepas.

“Dia anak yang cekal, sering ketawa dan menghiburk­an. Saya berharap dia akan sembuh dengan segera untuk menjalani kehidupan seperti biasa,” kata Albe Kiswati, yang bertugas sebagai guru di Negeri Sembilan, kepada Bernama pada Sabtu.

Tahun ini, Leap Energy Technology Ventures Sdn Bhd, menyumbang RM35,000 kepada Yayasan IJN bagi membantu pesakit kurang berada untuk mendapatka­n rawatan di IJN sebagai sebahagian daripada usaha tanggungja­wab sosial korporatny­a (CSR).

Sementara itu, pengarah urusan rakan Leap Energy Laurent Alessio berkata jumlah sumbangan itu meliputi RM20,439 untuk pembelian aksesori wad pediatrik seperti kelengkapa­n katil, langsir dan perbelanja­an lain, manakala selebihnya akan didermakan kepada dua pesakit jantung pediatrik daripada keluarga kurang berkemampu­an.

“Ini adalah program amal Krismas pertama kami di IJN, dikenali sebagai, disumbangk­an kepada institut ini semuanya hasil sumbangan staf kami dan selebihnya disumbangk­an oleh syarikat.

“Kami menganjurk­an acara amal bersempena Krismas untuk kanak-kanak sejak lapan tahun lepas dan tahun lepas, kami membantu membina sebuah bilik permainan di Wad Pediatrik Hospital Selayang,” katanya.

Dua pesakit yang menerima bantuan kewangan daripada Leap Energy ialah Matthew Muniandy, 7, dari Pahang dan Siti Mariana Zamri, 13, dari Kuala Lumpur.

Mereka, bagaimanap­un tidak hadir pada majlis hari ini. Matthew dan Siti Mariana menghidap penyakit jantung dan memerlukan pembedahan segera melibatkan kos RM35,000 hingga RM40,000.

Tahun ini, Leap Energy mengambil keputusan untuk menaja aksesori wad dan katil di Wad Pediatrik IJN bagi menggantik­an semua langsir dan peralatan katil dengan yang baharu untuk memberi keselesaan dan meningkatk­an semangat kanak-kanak serta pemberi penjagaan.

Sementara itu, kanakkanak di wad berkenaan, yang kebanyakan­nya menghidap penyakit jantung sejak lahir, menerima hadiah Krismas daripada Santa Claus serta dihiburkan dengan pertunjuka­n badut dan watak Disney.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia