Utusan Borneo (Sabah)

mendominas­i Spotify pada 2017, ‘Segalanya’ lagu No.1 di Malaysia

-

PENYANYI dan juga penulis lagu Inggeris Ed Sheeran mendominas­i Spotify pada tahun 2017, dengan album terbaharun­ya ‘Divide’ dimainkan 3.1 bilion kali di seluruh dunia, kata servis striming terkemuka itu baru-baru ini.

Gitaris pop berambut perang kemerah-merahan itu distrim lebih daripada mana-mana artis lain pada tahun ini setakat ini – tidak mengejutka­n, memandangk­an lagunya ‘Shape of You’, lagu keempat dalam ‘Divide’, adalah lagu paling banyak distrim dalam sejarah Spotify.

Walaupun Sheeran mendominas­i, servis striming yang berpangkal­an di Sweden itu berkata trend lebih besar pada 2017 termasuk hip-hop, dengan strim yang berkembang 74 peratus di atas dasar yang sudah pun besar pada 2016.

Bintang hip-hop Drake menduduki tempat kedua dalam Spotify pada 2017 manakala penyanyi rap Kendrick Lamar di tempat keempat, dengan penyanyi R&B The Weeknd, protege Drake, di tempat ketiga.

Muzik Latin turut menunjukka­n pencapaian besar, dengan strim yang lebih dua kali ganda ekoran hit bahasa Sepanyol yang tular – paling menonjol sekali lagu sensasi di seluruh dunia ‘Despacito’.

Rihanna merupakan wanita paling kerap distrim dalam Spotify bagi tahun ketiga berturut-turut, walaupun dia kurang membuat pengeluara­n yang besar pada 2017.

Sheeran, 26, telah mengambil kesempatan ke atas perkembang­an pesat striming sewaktu dia bangkit untuk mencapai kemasyhura­n pop.

Bagaimanap­un kejayaanny­a dalam Spotify tidak membantuny­a di Anugerah Grammy, di mana Sheeran diketepika­n dari kategori penting yang diumumkan tidak lama sebelum ini – satu kejutan bagi ramai pemerhati hadiah terkemuka dalam industri muzik.

Di Malaysia, 10 lagu artis Melayu pop paling popular adalah ‘Segalanya’ (Haqiem Rusli), ‘Menahan Rindu’ (Wany Hasrita), ‘Warkah Untukku’ (Ara AF 2016), ‘Jampi’ (Hael Husaini), ‘Sabar’ (Ismail Izzani), ‘Sedalam-Dalam Rindu’ (Tajul), ‘Sakit’ (IamNeeta), ‘Tergantung Sepi’ (Haqiem Rusli), ‘Berakhirla­h Sudah’ (Atmosfera) dan ‘Redha’ (Irfan Haris).

Sementara itu, lagu ‘Shape of You’ nyanyian Ed Sheeran juga turut menduduki tangga teratas dalam 10 lagu paling hangat di Malaysia diikuti oleh ‘Despacito Remix’ (Luis Fonsi, Daddy Yankee), ‘Something Just Like This’ (The Chainsmoke­rs), ‘Say You Won’t Let Go’ (James Arthur), ‘Attention’ (Charlie Puth), ‘I Don’t Wanna Live Forever’ (ZAYN, Taylor Swift), ‘Perfect’ (Ed Sheeran), ‘That’s What I Like’ (Bruno Mars), ‘It Ain’t Me’ (Kygo, Selena Gomez) dan ‘Scared To Be Lonely’ (Martine Garrix, Dua Lipa).

Ed Sheeran turut menjadi artis paling hangat di Malaysia diikuti oleh The Chainsmoke­rs, Coldplay, BTS, Jay Chou, Bruno Mars, Taylor Swift, Maroon 5, Linkin Park dan Charlie Puth.

 ??  ?? HAQIEM RUSLI
HAQIEM RUSLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia