Utusan Borneo (Sabah)

Jibam dekati hati rakyat, kembalikan kenangan zaman kanak-kanak

Cerita kampung kembalikan kenangan zaman kanak-kanak

- Oleh ALFRED PETRUS

FILEM Jibam dekati hati rakyat dengan berkisarka­n cerita kampung.

Salah seorang pelakon utama, Farah Ahmad berkata jalan cerita filem berkenaan mampu mengimbau kembali zaman kanak-kanak masa dulu.

Jelasnya penggambar­an filem Jibam juga dibuat 100 peratus di kawasan kampung di Pahang.

“Filem ini sedikit sebanyak mengembali­kan kita ke zaman kanakkanak. Tidak ada aksi yang berat seperti perang dan sebagainya.

“Tarikan filem ini adalah jika kita perhatikan dalam industri perfileman kita, jarang sekali ada cerita kampung dan saya rasa jika anda menonton cerita ini, ia akan membuatkan anda tak kering gusi serta penuh emosi seperti marah, nangis, gelak dan benci disebabkan penceritaa­nnya,” katanya pada tayangan perdana filem Jibam di Golden Screen Cinema (GSC) di pusat belibelah 1Borneo.

Katanya ramai yang memandang rendah cerita Jibam kerana ia hanya berkisarka­n penceritaa­n kampung.

Syafie Naswip yang memegang watak Kadir iaitu abang kepada Jibam berkata filem yang diadaptasi daripada novel Jibam itu sudah semestinya tidak mengecewak­an penonton.

“Sudah pasti novel ini mempunyai pengikutny­a sendiri dan mereka juga akan menarik orang untuk menontonny­a.

“Sebagai pelakon, untuk menghidupk­an lagi watak Kadir, saya turut berbincang dengan Farah dan kakitangan penggambar­an sendiri untuk mencari titik tengah atau warna watak seakan-akan sama dengan watak dalam novel agar ia tidak lari daripada penceritaa­n sebenar di dalam novel.

“Kita tidak mungkin jadikannya 100 peratus sama dengan watak sebenar dalam novel dan apa yang orang gambarkan dengan watak itu. Tetapi sejauh mana kita memahami dan mendalami watak ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Syafie berkata filem berkenaan mampu membawa pengikutny­a tersendiri dengan jalan cerita yang ringan dan penerimaan yang tinggi.

Sementara itu, wakil Penerbit Penyelaras Spektra Selasih Sdn Bhd Mia Aynor berkata tayangan perdana itu diadakan serentak seluruh negara pada 7 Disember lalu.

Namun, Spektra Selasih Sdn Bhd memberi perhatian kepada Sabah dalam penerbitan mereka.

“Dari segi pengurusan, bagi pendapat saya kita khususkan perhatian di Sabah sebab kita ada menjalanka­n bancian yang mana di sini kurang diberikan perhatian daripada segi promosi baik filem, nyanyian atau apa sahaja.

“Jadi saya rasa tidak mahu meninggalk­an kawan-kawan di Sabah ini.

“Sebab itu, saya minta kerjasama dua orang pelakon utama Jibam datang untuk memeriahka­n lagi tayangan perdana di Sabah. Namun, pelakon Jibam tidak dapat ikut serta kerana kami semua terpaksa berpecah untuk tayangan seluruh negara,” katanya.

 ??  ?? (Dari kiri) MIA, Syafie dan Farah ketika menghadiri tayangan perdana di Sabah.
(Dari kiri) MIA, Syafie dan Farah ketika menghadiri tayangan perdana di Sabah.
 ??  ??
 ??  ?? FARAH (kiri) dan Syafie (kanan) antara watak utama dalam filem Jibam.
FARAH (kiri) dan Syafie (kanan) antara watak utama dalam filem Jibam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia