Utusan Borneo (Sabah)

HADAPI 146 PERTUDUHAN

Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah didakwa gubah wang haram RM32 juta

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 146 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram berjumlah kirakira RM32 juta.

Hakim Nixon Kennedy Kumbong menetapkan pada 16 Januari tahun hadapan untuk pengurusan kes terhadap Teo Chee Kong, 52, selepas mengaku tidak bersalah.

Tertuduh berhadapan 78 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Teo didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu memiliki 70 bidang tanah, hasil daripada aktiviti haram.

Kesalahan dilakukan antara 14 Februari 2006 dan 19 Ogos 2014, di Pejabat Tanah Daerah Beaufort, Pejabat Tanah DaerahKota­Kinabalu,Jabatan Tanah Daerah Penampang, Pejabat Tanah Daerah Papar dan Pejabat Tanah dan Ukur Sabah Jalan Perwira, di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan jika sabit kesalahan, denda tidak kurang daripada RM5 juta atau penjara selama tempoh lima tahun, atau dengan keduaduany­a sekali.

Selain itu, 68 pertuduhan lagi terhadap tertuduh mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan­danHasilda­ripada Aktiviti Haram 2001.

Tertuduh didapati memiliki wang tunai hasil daripada aktiviti haram pada 4 Oktober hingga 4 November tahun lalu.

Kesalahan dilakukan di Jalan Lintas, Pejabat Jurutera Air Bahagian Kota Kinabalu, Alliance Bank Sinsuran, CIMB Bank Berhad Jalan Sagunting, Affin Bank Berhad, Public Bank Berhad, Maybank cawangan Jalan Perpaduan, Hong Leong Bank Lintas serta Jabatan Organisasi dan Kaedah Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur.

Jika sabit kesalahan, penjara maksimum 15 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai hasil daripada aktiviti haram, atau RM5 juta ringgit mengikut mana-mana lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwara­ya Amir Azki Tengku Abdul Rahim membantah ikat jamin diberikan, namun sekiranya ditawarkan beliau mencadangk­an sebanyak RM10 juta.

Tambahnya, pasport tertuduh haruslah diserahkan kepada mahkamah sehingga semua kes berkenaan selesai.

Bagaimanap­un, peguam Hamid Ismail berkata mengikut Seksyen 388 Kanun Prosedur Jenayah, tertuduh boleh diberikan ikat jamin mengikut budi bicara mahkamah.

Katanya, setelah tertuduh dibebaskan daripada tahanan reman, anak guamnya memberikan kerjasama kepada Suruhanjay­a Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanap­un, jumlah yang ditawarkan pihak pendakwaan terlalu tinggi dan memohon dikurangka­n kepada RM1 juta deposit RM500,000.

Dalam pada itu, peguam Roland Cheng menyatakan tertuduh hanya timbalan pengarah bagi jabatan berkenaan, di samping ikat jamin untuk memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah sepanjang prosiding.

Nixon memberikan tertuduh ikat jamin sebanyak RM1.5 juta deposit RM500,000 dicagarkan dua penjamin tempatan, selain pasport diserahkan kepada mahkamah.

Pada 4 Okt tahun lepas, Teo bersama bekas pengarah jabatan itu, Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 54, ditahan SPRM dan selepas menggeleda­h pejabat dan kediaman kedua-dua suspek, SPRM menemukan wang tunai RM52 juta iaitu RM7 juta milik Teo manakala RM45 juta milik Awang Mohd Tahir.

Turut ditemukan adalah barangan kemas, wang tunai di dalam beberapa akaun di luar negara serta geran-geran tanah yang keseluruha­nnya bernilai kira-kira RM180 juta termasuk wang tunai.

 ?? GambarBern­ama ?? TEO mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu terhadap 146 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM32 juta. Tertuduh didakwa melakukan pengubahan wang haram melalui penerimaan wang rasuah yang melibatkan projek di...
GambarBern­ama TEO mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu terhadap 146 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM32 juta. Tertuduh didakwa melakukan pengubahan wang haram melalui penerimaan wang rasuah yang melibatkan projek di...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia