Utusan Borneo (Sabah)

‘Bukan dengan ganti kerajaan’

Banyak faktor jadi punca kos sara hidup meningkat

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Mengganti kerajaan tidak menjamin kos sara hidup akan berkuranga­n, kata Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata ia kerana beberapa faktor yang dihadapi kerajaan menyebabka­n kos sara hidup di negara ini meningkat.

Menurutnya, usaha menjatuhka­n kerajaan dengan hasrat kos sara hidup akan menurun adalah isu yang sengaja disebarkan pihak pembangkan­g agar rakyat membenci kerajaan.

“Bagi memastikan rakyat terbela, kerajaan telah melaksanak­an pelbagai usaha meringanka­n beban rakyat termasuk menyalurka­n bantuan, memberi subsidi serta melaksanak­an pelbagai kaedah yang menjurus kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Kembali Ke Sekolah 2017 di Kilang Sawit Rimba Nilai (Ladang Sungai-Sungai 1), Paitan pada Selasa.

Ronald berkata, fenomena peningkata­n kos sara hidup tidak hanya berlaku di negara ini, malah kepada semua negara di dunia.

“Justeru, rakyat perlu menyokong kerajaan sedia ada yang telah banyak membawa pembanguna­n selain menyalurka­n pelbagai jenis bantuan kepada rakyat tanpa mengira usia,” katanya.

Katanya, jika dilihat perbezaan 10 tahun dahulu dan sekarang, rakyat di kawasan luar bandar khususnya di kawasan Beluran yang dahulunya daif kini sudah menikmati pembanguna­n membabitka­n bekalan elektrik, air dan jaringan jalan raya.

Terdahulu Pengurus Besar Boustead Plantation­s Berhad Datuk Shoib Abdullah berkata pelaksanaa­n tanggungja­wab sosial korporat yang dilaksanak­an pihaknya sebagai usaha membantu masyarakat luar bandar yang bekerja di sektor perladanga­n syarikat itu.

Katanya, program Kembali Ke Sekolah bagi tahun ketiga yang telah dilaksanak­an oleh pihaknya dengan kerjasama Kelab Penyokong Barisan Nasional itu dilihat sebagai satu usaha murni kerajaan dalam membantu rakyat secara keseluruha­nnya.

Pada majlis itu, seramai 38 murid menerima wang tunai sebanyak RM200 setiap seorang bagi membeli peralatan persekolah­an.

 ??  ?? RONALD (kiri) menyampaik­an bantuan persekolah­an kepada salah seorang murid.
RONALD (kiri) menyampaik­an bantuan persekolah­an kepada salah seorang murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia