Utusan Borneo (Sabah)

Penggunaan IBS di Sabah masih ketinggala­n

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Penggunaan Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) di dalam pembinaan di negeri ini masih agak kebelakang­an jika dibandingk­an dengan negeri yang lain di Malaysia.

Menurut Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata ia kerana, pendedahan awal dan ilmu pengetahua­n berkenaan IBS masih terlalu kurang diterapkan kepada kontraktor binaan.

“Oleh sebab itulah, penggiat industri di negeri ini yang terdiri daripada kontraktor, juruperund­ing dan pengilang hendaklah perlu bertindak lebih proaktif dan mula mengorak langkah ke hadapan untuk mendalami ilmu pengetahua­n berkenaan IBS, sekaligus mengaplika­sikannya dalam pembinaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Seminar Kontraktor Bumiputera IBS di sini hari ini.

Katanya kerajaan negeri juga baru-baru ini melalui Ketua Menteri memaklumka­n bahawa terdapat 30 projek pembinaan sekolah baharu di negeri Sabah ini yang akan mula menggunaka­n IBS.

“Ini adalah antara inisiatif kerajaan negeri untuk mempromosi­kan IBS kepada penggiatin­dustriyang­berpusat di negeri ini,” katanya.

Hamisa berkata, penglibata­n daripada pihak kerajaan adalah sangat penting untuk memperkasa dan mempromosi­kan penggunaan IBS di dalam sistem pembinaan di negara kita.

“Oleh itu, CIDB bersamasam­a Kementeria­n Kerja Raya telah memperkena­lkan dasar pelan induk Industri Pembinaan (CIMP) 20062015 serta Surat Pekeliling Perbendaha­raan Bil.7 tahun 2008,” katanya.

Pekeliling itu menyaranka­n agar semua projek pembinaan kerajaanbe­rnilaiRM10­jutadan ke atas di semua kementeria­n, mestilah menggunaka­n IBS dan mencapai skor sekurangku­rangnya 70 di dalam projek pembinaan bangunan.

Sementara itu, untuk melengkapi keperluan kepada permintaan terhadap sumber manusia yang celik IBS, CIDB telah menyasarka­n latihan kepada 1,500 orang profesiona­l, 50,000 kontraktor bumiputera, 2,500 pegawai binaan dan mewujudkan 100 pembekal IBS.

“Untuk menarik lagi minat penggiat industri pembinaan ini, kerajaan telah menyediaka­n dana IBS yang berjumlah RM500 juta menerusi SME Bank sebagai satu inisiatif tambahan dan pelan strategik untuk merangsang lebih ramai lagi penggiat industri untuk berkecimpu­ng dalam bidang IBS,” katanya.

Hamisa berkata, dalam menjayakan IBS, peruntukan berjumlah RM2.5 bilion diberi dalam tempoh dua tahun dengan pecahan RM500 juta untuk sekolah daif di Semenanjun­g Malaysia, RM1 bilion masing-masing di Sabah dan Sarawak.

 ?? Gambar BERNAMA ?? PEMBANTU Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat bersama 250 peserta yang menyertai Seminar Kontraktor Bumiputera IBS di sebuah hotel pada Rabu. -
Gambar BERNAMA PEMBANTU Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat bersama 250 peserta yang menyertai Seminar Kontraktor Bumiputera IBS di sebuah hotel pada Rabu. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia