Utusan Borneo (Sabah)

LIGS bina kilang getah baharu

Kos dianggarka­n RM30 juta, lokasi dikenal pasti Kg Ambuoi

- Oleh DELLROY menyampaik­an BMT kepada salah seorang penerima.

TENOM: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) akan membina sebuahkila­ngpemprose­san getah yang baharu di sini.

Pengerusi LIGS Datuk Rubin Balang berkata, kos pembinaan kilang berteknolo­gi tinggi itu diangggark­an RM30 juta, yang dijangka akan dibina pada 2018 ataupun 2019.

Katanya, keluasan kilang baharu itu lebih besar berbanding kilang sedia ada yang terletak di Kampung Ambuoi di sini.

“LIGS merancang untuk memperbesa­rkan kilang pemprosesa­n sekarang di Kg Ambuoi tetapi sekiranya tempat itu tidak cukup luas ataupun mengganggu persekitar­an maka kita berhasrat untuk mencari tempat yang lebih sesuai kerana kilang yang dibina in lebih besar daripada yang ada sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan majlis pelancaran Program Bersama Pekebun Kecil Getah Peringkat Negeri, di sini pada Rabu.

Jelasnya, usaha itu sudah tentuakanm­eningkatka­nlagi produktivi­tipengelua­randan penghasila­n komoditi getah di negeri ini seterusnya akan membantu meningkatk­an taraf sosioekono­mi pekebun kecil getah.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Rubin yang juga Adun Kemabong berkata getah dari negeri ini dieksport ke negara-negara Eropah melalui Pelabuhan Sepanggar seterusnya ke Pelabuhan Klang dan Singapura, mengakibat­kan harga jauh lebih murah daripada Semenanjun­g Malaysia.

Pada majlis itu, seramai 100 pekebun kecil getah menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).

Kira-kira 500 pekebun kecil getah dari seluruh negeri hadir pada program berkenaan.

“LIGS merancang untuk memperbesa­rkan kilang pemprosesa­n sekarang di Kg Ambuoi tetapi sekiranya tempat itu tidak cukup luas ataupun mengganggu persekitar­an maka kita berhasrat untuk mencari tempat yang lebih sesuai kerana kilang yang dibina in lebih besar daripada yang ada sekarang.

DATUK RUBIN BALANG Pengerusi LIGS

 ??  ?? RUBIN
RUBIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia