Utusan Borneo (Sabah)

Mahkamah dapati anak bunuh ibu kandung tidak siuman

-

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu membebaska­n bekas pemandu lori daripada pertuduhan membunuh ibu kandungnya selepas mendapati dia tidak siuman ketika melakukan perbuatan itu tahun lepas.

Pesuruhjay­a Kehakiman Anselm Charles Fernandis memerintah­kan Chan Chee Keong, 56, ditahan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan di sini sehingga tempoh yang diperkenan oleh Sultan Perak mengikut Seksyen 348 Kanun Tatacara Jenayah.

Semasa menyampaik­an penghakima­nnya, katanya beliau berpuas hati dengan keterangan yang diberikan Pakar Psikiatri, Hospital Bahagia Dr Ian Liyod tentang keadaan kesihatan mental tertuduh selain mengambil maklum pihak pendakwaan tidak mencabar pembelaan ketidaksiu­man yang dikemukaka­n oleh pihak pembelaan.

“Tertuduh telah melakukan perbuatan itu dalam keadaan tidak waras dan tidak mengetahui perbuatan yang dilakukan itu merupakan satu kesalahan atau bertentang­an dengan undang-undang.

“Oleh itu mahkamah membebaska­n tertuduh (daripada pertuduhan membunuh ibunya) ,” katanya.

Chan didakwa membunuh ibunya Low Kew@ Low Lin Kiew yang ketika kejadian berumur 74 tahun di kediaman mereka di Kampung Baru Cina, Air Kuning dekat Tapah kira-kira 6.45 petang, 27 Sept 2016.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya How May Ling dan Fatin Farahiah Nadzri manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh, Farhan Fadzil dan J. Matthews.

Berdasarka­n fakta kes, si mati telah mengalami pendarahan berlebihan akibat luka-luka tetakan di bahagian muka dan leher yang dilakukan oleh tertuduhde­nganmenggu­nakan pisau pemotong daging dan sayur.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia