Utusan Borneo (Sabah)

Ahli perniagaan wanita didakwa ubah wang haram lebih RM670,000

-

SEPANG: Seorang ahli perniagaan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Rabu terhadap 11 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM671,450, dua tahun lepas.

Fauziah Ismail, 47, yang juga pengarah syarikat AYL Plantation Contractor Sdn Bhd., membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Saifulakma­l Mod Said.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan pengubahan wang haram dengan cara memindahka­n, melupuskan, menerima dan menggunaka­n wang hasil aktiviti haram melalui 11 keping cek RHB Bank Berhad milik syarikatny­a ke beberapa akaun bank milik syarikat lain dan orang persendiri­an.

Sementara itu, seorang lagi ahli perniagaan, A. Logarubon juga mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan iaitu bersama-sama Fauziah telah menerima wang daripada aktiviti haram berjumlah RM5,000 melalui cek RHB bank milik syarikat itu ke akaun bank milik syarikat lain.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di RHB Bank Berhad, M38 dan M40, Jalan Besar Jenjarom, Kuala Langat, dekat sini, antara 10 Ogos hingga 27 Oktober 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) dibaca bersama Seksyen 87(1)(a) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh bolehdihuk­umpenjaram­aksimum 15 tahun, dan boleh didenda sehingga lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta atau manamana lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan kes ini adalah kes yang serius.

“Bagaimanap­un, jika mahkamah ingin membenarka­n jaminan, jaminan tersebut hendaklah tidak kurang daripada RM60,000bersert­adengansya­ratsyarat tambahan,” katanya.

Peguam Norman Mohd Nasir, yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon jaminan yang rendah dengan alasan mereka mempunyai keluarga dan tiada pendapatan tetap.

Saifulakma­l membenarka­n Fauziah diikat jamin RM60,000 bersama seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan, perlu menyerahka­n pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali sebulan.

Mahkamah membenarka­n Logarubon diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan sama dan menetapkan 23 Jan bagi sebutan semula kes.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia