Utusan Borneo (Sabah)

Revolusi Industri 4.0 cabaran besar pendidikan tinggi

Revolusi Industri 4.0 cabaran besar pendidikan tinggi

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Pendidikan tinggi negara berdepan cabaran besar dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Jabatan Pendidikan Tinggi Datin Dr Siti Hamisah Tapsir berkata, cabaran berkenaan bukan sahaja dihadapi para pendidik tetapi turut melibatkan golongan mahasiswa.

Menurutnya, cabaran mendidik anak-anak yang lahir dalam era digital berbeza keadaannya memandangk­an mereka mampu memperoleh apa sahaja maklumat hanya di hujung jari.

“Tugas pensyarah juga berubah dan mereka bukan setakat memberi syarahan, tetapi berperanan sebagai kurator dalam teras pengetahua­n agar seiring dengan Revolusi Industri 4.0.

“Sehubungan itu, para graduan juga lebih bersedia menghadapi cabaran khususnya dalam bidang teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam di sini pada Rabu.

Selain itu jelasnya, aspek kemanusiaa­n juga menjadi fokus utama kerana objektif utama pendidikan tinggi bukan sahaja untuk para graduan memperoleh pekerjaan semata-mata.

“Tetapi, kita juga mahu para graduan mampu berkhidmat kepada masyarakat sebagaiman­a yang terkandung dalam Pelan Pendidikan Tinggi Negara 2015-2025.

“Graduan yang dihasilkan juga mempunyai keseimbang­an dari segi akhlak dan ilmu.

“Menerusi seminar ini, para pensyarah dapat berkongsi pengetahua­n berhubung bidang pendidikan tinggi dalam Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Beliau berkata, seiring dengan usaha yang dilaksanak­an, Kementeria­n Pendidikan Tinggi menetapkan bermula Jun 2018 supaya semua universiti awam menjadi Kampus Pintar.

Menurutnya, para pelajar tidak lagi perlu menggunaka­n duit untuk semua urusan di universiti dan hanya menggunaka­n kod QR.

Konsep Kampus Pintar jelasnya, bukan setakat digital malah ia merangkumi aspek saling hubungan antara universiti, penyelidik, tenaga pengajar, serta pelajar.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabang­sa Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Rasid Mail yang mewakili Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin.

Tugas pensyarah juga berubah dan mereka bukan setakat memberi syarahan, tetapi berperanan sebagai kurator.

DATIN DR SITI HAMISAH TAPSIR Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Jabatan Pendidikan Tinggi

 ??  ?? SITI HAMISAH (dua kanan) ketika melancarka­n gimik perasmian Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam sambil diperhatik­an tetamu jemputan lain.
SITI HAMISAH (dua kanan) ketika melancarka­n gimik perasmian Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam sambil diperhatik­an tetamu jemputan lain.
 ??  ?? SEBAHAGIAN yang menyertai seminar itu.
SEBAHAGIAN yang menyertai seminar itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia