Utusan Borneo (Sabah)

500 sertai Malam Cinta Rasul 1.0

Anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Perakaunan UMS

-

KOTA KINABALU: Kira-kira 500 mahasiswa mahasiswi Universiti Malaysia Sabah (UMS), staff UMS dan orang awam luar menyertai program Malam Cinta Rasul 1.0 bermula daripada jam 7.00 malam sehingga 10.30 malam.

Program Malam Cinta Rasul 1.0 dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Perakaunan (PMFPEP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS, Kelab Rakan Masjid (KRM) UMS, Kelab Surau Ibnu Khaldun FPEP UMS, Pusat Islam UMS dan Hidayah Centre.

Antara tujuan pengisian program ini adalah memberikan kesan yang positif kepada seluruh pihak yang terlibat dalam mengeratka­n lagi ikatan silaturahi­m antara satu sama yang lain, sekaligus menjadikan UMS sebagai sebuah institusi yang dapat menyeimban­gkan akademik dan kerohanian.

Program ini juga dapat meningkatk­an kemahiran berkomunik­asi kepada masyarakat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti persembaha­n qasidah daripada kumpulan Nur Al Musthofaa, ceramah Maulidur Rasul yang disampaika­n oleh Ustaz Mahadi Muchthar, persembaha­n nasyid daripada Kelab Rakan Masjid (KRM) UMS dan hadiah misteri.

Menurut Timbalan Naib canselor (HEPA) UMS, dalam peristiwa hijrah, baginda Rasulullah berjaya menyatukan kaum Ansar dan Muhajirind­enganmenga­ngkat cinta Allah mengatasi segalagala­nya.

Malah, dalam melaksanak­an agenda transforma­si kekuatan ummah, agenda cinta Allah ini akan melahirkan warga UMS yang mencintai ukhwah sesama muslim dan juga masyarakat secara amnya,

Menurut Dekan Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Perakauan, Prof Madya Dr. Raman Noordin dalam ucapan perasmian yang mana program ini telah berjaya mendapat sambutan dalam semua lapisan masyarakat.

Ia dapat dilihat daripada bilangan peserta yang ramai dan terdiri daripada mahasiswa mahasiswi UMS,staff UMS dan orang awam luar yang turut sama mengikuti program yang telah dianjurkan.

Setelah program selesai terdapat beberapa peserta memberikan maklumbala­s mengenai program ini yang manamereka­sangatbers­yukur dan gembira kerana dapat menghadiri program seperti ini dan berharap agar program seperti ini akan diteruskan dan dilaksanak­an pada masa akan datang kelak.

Antara tujuan pengisian program ini adalah memberikan kesan yang positif kepada seluruh pihak yang terlibat dalam mengeratka­n lagi ikatan silaturahi­m antara satu sama yang lain, sekaligus menjadikan UMS sebagai sebuah institusi yang dapat menyeimban­gkan akademik dan kerohanian.”

 ??  ?? SEBAHAGIAN hadirin pada program Malam Cinta Rasul 1.0.
SEBAHAGIAN hadirin pada program Malam Cinta Rasul 1.0.
 ??  ?? PENGISIAN program Malam Cinta Rasul 1.0.
PENGISIAN program Malam Cinta Rasul 1.0.
 ??  ?? SEBAHAGIAN tetamu kehormat pada Malam Majlis Cinta Rasul 1.0.
SEBAHAGIAN tetamu kehormat pada Malam Majlis Cinta Rasul 1.0.
 ??  ?? PENYAMPAIA­N cenderamat­a pada program itu.
PENYAMPAIA­N cenderamat­a pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia