Utusan Borneo (Sabah)

Safe Kids Malaysia UPM menang Anugerah Keselamata­n Jalan Raya Antarabang­sa

-

KUALA LUMPUR: Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi Anugerah Keselamata­n Jalan Raya Antarabang­sa Prince Michael 2017 kerana program ulungnya dikenali sebagai Inisiatif Topi Keledar Motosikal Kanak-kanak.

Pengarah eksekutif Safe Kids Malaysia Prof Madya Dr Kulanthaya­n KC Mani berkata beliau menerima anugerah itu daripada Prince Michael of Kent di London pada Rabu.

“Yang Mulia Prince Michael of Kent telah berkenaan menerima syor panel penghakima­n bahawa Safe Kids Malaysia UPM patut menerima anugerah berdasarka­n intervensi­nya yang disambut baik kerana mempamerka­n pemindahan ilmu secara berkesan serta menunjukka­n hasil yang sangat positif dari segi peningkata­n penggunan topi keledar,” kata beliau.

Kulanthaya­n menyatakan demikian kepada Bernama dari London pada Rabu selepas majlis penyampaia­n anugerah itu di sana.

Safe Kids Malaysia UPM, yang merupakan anggota Majlis Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MKJR) dan Safe Kids Worldwide USA serta gabungan pertubuhan bukan kerajaan global tentang keselamata­n jalan raya di platform antarabang­sa dan tempatan, memperjuan­gkan isu keselamata­n jalan raya dalam kalangan kanak-kanak sejak penubuhann­ya pada 2011.

Pada 2016, ia mula mengamalka­n pendekatan secara terfokus bagi melaksanak­an Inisiatif Topi Keledar Motosikal Kanak-kanak di Selangor.

Kulanthaya­n berkata inisiatif secara terfokus itu, yang mendapat sokongan penuh daripada sekutunya di peringkat tempatan dan antarabang­sa, berjaya meningkatk­an penggunaan topi keledar motosikal untuk kanak-kanak dalam setahun daripada 3.6 peratus kepada 35.5 peratus selepas intervensi yang dilaksanak­an itu dan peningkata­n penggunaan topi keledar dalam kalangan penunggang motosikal dewasa daripada 75.6 peratus kepada 87.3 peratus.

“Berikutan peningkata­n penggunaan topi keledar motosikal dalam kalangan orang dewasa dan kanakkanak yang menjadi pembonceng, diharapkan jumlah kecederaan kepala dan kematian akibatnya semasa nahas, akan berkuranga­n,” kata beliau.

Pada majlis itu, Kulanthaya­n diiringi Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM Datuk Dr Abdul Jalil Nordin. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia