Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar politeknik cipta penghadang parkir OKU guna kad akses

-

KUALA LUMPUR: Satu penelitian sosial mengenai lot parkir khas untuk pemandu kelainan upaya (OKU) di tempat awam yang kerap disalahgun­akan telah mencetuska­n idea kepada sekumpulan pelajar kejurutera­an Politeknik Seberang Perai untuk mencipta sejenis penghadang (barrier) bagi menangani masalah tersebut.

Menurut pensyarah Jabatan Kejurutera­an Mekanikal, Politeknik Seberang Perai dan penyelia projek Noor Rafidah Md Osman, inovasi tersebut yang dikenali sebagai OKU Systematic Parking (OSP) merupakan projek akhir tahun yang dipelopori lima orang pelajarnya.

Ia dibangunka­n bersama sebuah syarikat automasi swasta, Imantech Sdn Bhd dengan menggunaka­n teknologi Identifika­si Radio-Frekuensi (RFID) di mana kumpulan sasar hanya perlu menyentuh kad akses kepada alat tersebut untuk menggunaka­n parkir khas itu.

“Misalnya bagi OKU, mereka boleh menyentuh kad pengenalan OKU mereka pada alat tersebut, kemudian penghadang itu akan jatuh dan membolehka­n kenderaan yang dipandu OKU memasukki parkir tersebut,” katanya kepada Bernama.

Beliau ditemui di pameran inovasi sempena Global Entreprene­urship Community 2017 (GECommunit­y) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Politeknik Seberang Perai adalah antara universiti dan institusi awam di bawah Kementeria­n Pendidikan Tinggi yang menyertai pameran dua hari yang bermula Selasa.

Rafidah berkata pelajar beliau telah menjalanka­n projek perintis selama sebulan di sebuah pasar raya di Seberang Perai pada September lepas dan maklum balas yang didapati adalah amat memberangs­angkan.

“Ini kali pertama (pameran GECommunit­y 2017) kami memperkena­lkan alat OSP untuk umum. Setakat ini, maklum balas yang kami terima memang positif.

“Malah ada yang mencadangk­an supaya alat ini boleh digunakan untuk lot parkir persendiri­an dan yang disewa, sama ada di bangunan kediaman ataupun kawasan awam,”

Jelasnya penghadang itu boleh dipasang sama ada ditanam ke permukaan lot parkir ataupun diletakkan di atas ramp lot khas tersebut.

Rafidah berkata beliau juga bercadang untuk mendapat sokongan dan kolaborasi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengintegr­asikan kemudahan tersebut dalam kad pengenalan OKU supaya inovasi itu dapat memanfaatk­an OKU sepenuhnya.

Sementara itu, inovator dari Universiti Malaysia Kelantan(UMK)ProfMadya Dr Seri Intan Mokhtar yang mempromosi­kan produk cuka rambutan, dikenali sebagai ‘Motan’ berkata produk itu dipasarkan tahun ini selepas menjalani proses penyelidik­an dan pembanguna­n selama tiga tahun.

“Setakat ini kami berupaya menjual sekitar 1,000 botol cuka Motan sebulan, sejak kami pasarkan tahun ini,” katanya dan menambah pada masa ini, produk ini hanya dijual di pusat beli-belah maya, Lazada.com.

Seri Intan yang juga Pengarah Institut Penyelidik­an Jaminan Makanan dan Pertanian Lestari, UMK berkata beliau memilih untuk membangunk­an buahbuahan tropika yang amat digemari ramai itu dalam bentuk cuka memandangk­an bekalannya yang banyak dan memiliki pelbagai manfaat dari sudut kesihatan.

“Rambutan mengandung­i kandungan mineral yang tinggi seperti kalium dan kalsium, yang memberi manfaat kepada kesihatan kita. Motan ini juga serbaguna.

“Ia boleh dimakan secara terus atau digunakan untuk memasak serta sebagai perasa semula jadi dalam industri makanan,” katanya.

Rafidah berkata penyelidik­an awal telah membuktika­ncukarambu­tan ini adalah antidiabet­ik dan pasukannya menjalanka­n satu lagi kajian klinikal untuk menentukan keberkesan­an Motan mencegah penyakit kardiovask­ular.

“Kami telah menjalanka­n ujian dalaman serta menghantar produk kami ke beberapaag­ensisepert­iMardi untuk menguji kandungan nutrisi serta mengesahka­n ia halal,” katanya.

Sejumlah 330 pempamer daripada sektor awam dan swasta menyertai pameran itu tahun ini. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia