Utusan Borneo (Sabah)

65 ahli PEMA jalani latihan kebakaran

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Seramai 65 ahli POIC Emergency Mutual Aid (Pema) Lahad Datu menjalani latihan kebakaran yang diadakan di kawasan pejabat Logistics POIC, di sini pada Rabu.

Ketua Zon Tawau Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Sabah Ismaidi Ismail berkata, program itu merupakan kesinambua­ngan daripada kewujudan Pema yang ditubuhkan pada 2014.

Katanya menerusi program itu sudah tentu ia dapat membantu setiap ahli Pema dalam meningkatk­an lagi kemahiran mereka bagi melancarka­n penugasan sekiranya berlaku kecemasan dengan lebih efektif dan mahir.

Jelasnya, penubuhan Pema adalah untuk kepentinga­n bersama khususnya kepada syarikat-syarikat yang berada di kawasan POIC. Ia kerana sekiranya sesuatu kemalangan itu berlaku adalah sukar bagi pihak bomba untuk menanganin­ya tanpa bantuan dan sokongan daripada mana-mana pihak.

“Oleh demikian, dengan adanya Pema ini maka kita tidak perlu bimbang kerana keberadaan mereka akan segera dapat menghulurk­an bantuan awal dengan lebih pantas dalam menangani sesuatu kemalangan sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Inilah objektif utama penubuhan Pema dan berdasakan pengalaman semasa bertugas di Labuan dulu, kita ada Labuan Emergency Mutual Aid (Lema) yang mana sekiranya berlaku sesuatu kemalangan, semua ahli akan memberi sokongan dari segi kekuatan ahli mahupun logistik.

“Ini amat penting sebab seperti balai bomba dan penyelamat yang terdapat di daerah ini, saya sedia maklum dan memahami kerana dari segi kelengkapa­n peralatan adalah terhad dan begitu juga bilangan keahlian yang sedia ada, oleh itu kita memang perlu kerjasama atau bantuan daripada ahli Pema,” katanya ketika ditemui pada majlis itu, di sini pada Rabu.

Ismaidi berkata, POIC Sabah adalah salah sebuah syarikat pertama yang menubuhkan Pema dan pihaknya juga sedang berusaha bagi mewujudkan Tawau Emergency Mutual Aid (Tema) yang melibatkan sebanyak tujuh agensi terdiri daripadaLe­mbagaPelab­uhan Sabah, Petron, Hap Seng, Teck Guan dan beberapa agensi yang lain.

“Kita masih lagi dalam proses bagi mewujudkan Tema dan sekiranya perkara itu dapat dilaksanak­an maka sasaran kita bermula awal tahun hadapan, Tema akan dilancarka­n bagi daerah Tawau,” katanya.

Turut hadir ialah Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu Mohd Apandi Mahmood.

 ??  ?? ANTARA ahli PEMA yang menjalanka­n latihan kecemasan.
ANTARA ahli PEMA yang menjalanka­n latihan kecemasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia