Utusan Borneo (Sabah)

116 inisiatif dilaksana

Di bawah konsep NBOS sejak 2009

-

KUALA LUMPUR: Lebih 80 jabatan dan agensi kerajaan melaksanak­an 116 inisiatif di bawah konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) secara kolaborati­f sejak ia dilancarka­n pada 2009, persidanga­n Dewan Negara diberitahu pada Selasa.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Lee Chee Leong berkata hasil kerjasama itu berjaya memecahkan benteng silo birokrasi yang sebelum ini memberi kesan terhadap kelancaran programpro­gram kerajaan dan mengelakka­n pembaziran sumber kewangan serta tenaga manusia.

“Contoh terbaik inisiatif NBOS ialah Pusat Transforma­si Nasional (UTC) yang merupakan pusat sehenti pelbagai perkhidmat­an kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) yang waktu operasinya melangkaui waktu (kerja) biasa.

“Pada masa ini terdapat 20 UTC di seluruh negara dengan penjimatan pembanguna­n kerajaan dianggarka­n RM2 bilion dengan sambutan yang menggalakk­an iaitu memberikan perkhidmat­an kepada kira-kira 55 juta pengunjung sejak 2013,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Ramli Shariff yang ingin tahu keberkesan­an kerjasama di bawah konsep NBOS dan adakah terdapat sebarang pertindiha­n fungsi antara agensi-agensi yang terlibat.

Lee berkata antara cabaran melaksanak­an strategi NBOS ialah kolaborasi merentasi struktur organisasi dalam kalangan jabatan danagensik­erajaansel­ainpermint­aan meluas inisiatif-inisiatif popular seperti UTC dan Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC).

“Bagaimanap­un, cabaran itu dapat diatasi bersama sebelum sesuatu cadangan itu dilaksanak­an dan kerajaan terus komited untuk memastikan inisiatif seperti UTC dibangunka­n di setiap negeri sebelum diluaskan ke bandarband­ar utama yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi,” katanya.- Bernama

“Pada masa ini terdapat 20 UTC di seluruh negara dengan penjimatan pembanguna­n kerajaan dianggarka­n RM2 bilion dengan sambutan yang menggalakk­an iaitu memberikan perkhidmat­an kepada kira-kira 55 juta ” pengunjung sejak 2013. DATUK LEE CHEE LEONG Timbalan Menteri Kewangan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia