Utusan Borneo (Sabah)

Rancangan kontingens­i kebangsaan hadapi kejadian tumpahan minyak

-

KUALA LUMPUR:Rancangan Kontingens­i Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak (RKKKTM) diwujudkan bagi menghadapi sebarang kejadian tumpahan minyak yang berlaku di perairan seluruh negara, Dewan Negara diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Hamim Samuri (gambar) berkata RKKKTM diurus dan dikawal selia oleh Jawatankua­sa Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak (JKKTM) yang dipengerus­ikan ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan dianggotai 18 agensi serta pihak swasta yang berkaitan.

Jawatankua­sa itu akan menetapkan peranan dan tanggungja­wab setiap agensi dan pihak terlibat bagi menghadapi kes tumpahan minyak, menyatakan kaedah dan saluran komunikasi, pemantauan pergerakan minyak, strategi kawalan tumpahan, pembersiha­n dan senarai ‘stockpile’ peralatan kawalan, katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Abidullah Salleh.

Hamim berkata apabila berlaku tumpahan minyak terutamany­a yang berskala besar seperti kes pelanggara­n kapal maka pengawasan dan pemantauan pergerakan minyak akan dibuat melalui Sistem Pemantauan Pergerakan Minyak (Oil Trajectory Monitoring System) kendalian JAS.

“Pemantauan pergerakan minyak melalui udara, laut dan darat juga akan dijalankan oleh agensi terlibat.

“Maklumat yang diperoleh daripada pemantauan ini akan digunakan bagi merangka strategi melawandan­mengawaltu­mpahan minyak serta melindungi kawasan sensitif alam sekitar,” katanya.

Hamim berkata setiap negeri juga menyediaka­n Pelan Tindakan Pembersiha­n Pantai Negeri yang akan digerakkan bagi membersihk­an tumpahan minyak yang mencemari kawasan pantai.- Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia