Utusan Borneo (Sabah)

Tiada PRK di Jelebu

Melepasi tempoh kurang dua tahun sebelum Parlimen dibubar

-

KUALALUMPU­R:Tidakada keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Jelebu ekoran kematian penyandang­nya Datuk Zainuddin Ismail awal bulan ini, kata Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Ini memandangk­an waktu terdapatny­a kekosongan luar jangka itu berlaku telah melepasi tempoh kurang daripada dua tahun sebelum Parlimen dibubar, jelas Mohd Hashim menerusi kenyataan media di sini pada Rabu.

“Memandangk­an tempoh mandat Dewan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 telah melebihi tempoh tiga tahun dan tiada pemberitah­uan oleh Speaker mengenai keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka itu, maka SPR meluluskan bahawa tiada PRK bagi kerusi Jelebu akan dijalankan,” katanya.

Menurut Mohd Hashim, beliau telah menerima surat pemakluman rasmi mengenai kekosongan kerusi tersebut TAN SRI MOHD HASHIM ABDULLAH Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada 12 Dis lepas.

Beliau menjelaska­n, mengikut Perkara 54(1) Perlembaga­an Persekutua­n, jika terdapat kekosongan luar jangka yang dipastikan dalam tempoh dua tahun sebelum mandat yang diberikan kepada kerajaan Persekutua­n akan terbubar, maka kekosongan luar jangka itu tidak boleh diisi, melainkan Speaker Dewan Rakyat menyatakan keperluan untuk berbuat demikian.

Zainuddin, 58, meninggal dunia pada 6 Dis lepas akibat komplikasi ketumbuhan pada otak.-Bernama

“Memandangk­an tempoh mandat Dewan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 telah melebihi tempoh tiga tahun dan tiada pemberitah­uan oleh Speaker mengenai keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka itu, maka SPR meluluskan bahawa tiada ” PRK bagi kerusi Jelebu akan dijalankan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia