Utusan Borneo (Sabah)

Pejabat Imigresen P.Dickson kini keluarkan pasport

-

PORT DICKSON: Orang ramai kini boleh membuat permohonan pasport di Pejabat Imigresen Port Dickson dan pemohon boleh mendapatka­n pasport mereka dalam tempoh sejam, selepas membuat bayaran.

Sebelum ini pejabat itu yang mula dibuka pada Jun 1993 menjalanka­n urusan penerimaan pasport sahaja yang tempoh serahan pasport kepada pemohon adalah tiga hari bekerja.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan) Jabatan Imigresen Datuk Shahril Ismail berkata selain penduduk Port Dickson, penduduk di kawasan berdekatan seperti Sepang, Selangor dan Kuala Sungai Baru, Melaka juga boleh menikmati kemudahan ini.

“Pejabat Imigresen Port Dickson adalah pejabat penerima dan pengeluar pasport yang kedua di negeri ini selepas Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Ampangan, Seremban yang dibuka pada 25 Nov lepas,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis penyerahan pasport pertama yang dikeluarka­n Pejabat Imigresen Port Dickson di sini, pada Rabu. Turut hadir Pengarah Imigresen negeri Rahim Hanaffi.

Pada 30 Nov lalu selepas majlis perasmian UTC Ampangan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Pengarah ImigresenD­atukSeriMu­stafar Ali mengumumka­n Pejabat Imigresen Port Dickson akan dinaik taraf sebagai pejabat pengeluar pasport.

Katanya pembukaan urusan penerimaan dan pengeluara­n pasport di Pejabat Imigresen Port Dickson adalah bagi memastikan sistem penyampaia­n khidmat awam itu dapat terus diperluask­an.

Shahril berkata sebanyak 5,642 pasport dikeluarka­n Pejabat Imigresen Port Dickson sehingga November lepas, manakala pada 2016, sebanyak 8,850.

Sementara itu, S. Victor, 51, dari Seremban 2 berkata beliau mendapati urusan memohon pasport di Pejabat Imigresen Port Dickson adalah selesa dan cekap kerana tidak ramai, malah pasport siap dalam sejam.

“Saya ke UTC Ampangan semalam untuk urusan membaharui pasport dan mendapati ia sesak dengan orang ramai dan pegawai Imigresen di situ menasihatk­an saya supaya ke Pejabat Imigresen Port Dickson untuk urusan tersebut. Memang di sini selesa dan pasport cepat siap,” katanya.-Bernama

 ??  ?? TIMBALAN Ketua Pengarah (Kawalan) Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Shahril Ismail (kanan) melihat urusan memproses pasport pelanggan pertama, S. Victor (dua, kiri) yang mendapatka­n Pasport Antarabang­sa pada Majlis Penyerahan Pasport Malaysia...
TIMBALAN Ketua Pengarah (Kawalan) Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Shahril Ismail (kanan) melihat urusan memproses pasport pelanggan pertama, S. Victor (dua, kiri) yang mendapatka­n Pasport Antarabang­sa pada Majlis Penyerahan Pasport Malaysia...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia