Utusan Borneo (Sabah)

Risda perlu segera selesaikan projek terbengkal­ai

-

KULIM 13: Kerajaan Kedah menggesa agar pihak Risda Plantation dan 18 peserta yang mendakwa projek tanaman semula berkelompo­k di Kampung Banggol Dedap terbengkal­ai sejak 2009 mengadakan pertemuan untuk menyelesai­kan isu terbabit dengan segera.

Pengerusi Jawatankua­sa Penerangan, Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, Datuk Mohd Tajudin Abdullah berkata perkara tersebut tidak sepatutnya berlanjuta­n dan mahu perkara ini diselesaik­an dalam masa terdekat.

“Saya mahu pegawai Risda mempercepa­tkan perjumpaan dengan semua pihak yang terlibat dan ambil tindakan segera.

“Cari jalan terbaik dan saya tidak mahu ia berpanjang­an,” katanya ketika di temui pada Program Transforma­si Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kemajuan Kampung ( JKKK) di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu pegawai Risda Sik, Wan Yusnizar Wan Azizan menjelaska­n isu tersebut timbul kerana projek penanaman semula gagal dilakukan kerana beberapa faktor.

“Antaranya ialah berlakunya kebakaran hutan pada 2012 dan pokok yang ditanam pada 2009, tidak menjadi,” katanya ketika dihubungi media.

Bukan itu saja, kos projek itu juga meningkat dari RM15,000 pada 2009 kepada RM19,000 pada 2012 dan bagi penyelesai­an pihaknya akan bertemu dengan semua peserta dan pengurus projek itu selewat-lewatnya esok ( Khamis).

“Kami juga akan berjumpa dengan ketua jabatan selewatlew­atnya 20 Dis ini untuk mencari penyelesai­an terbaik termasuk mengenai pampasan yang dituntut peserta,” katanya.

Kelmarin, seramai 18 peserta projek tanaman semula berkelompo­k Risda di Kampung Banggol Dedap di Sik menuntut pampasan selepas projek tersebut terbengkal­ai sejak 2009.

Difahamkan, kesemua mereka bersetuju menyerahka­n kebun mereka untuk dijadikan projek tanaman semula pokok getah yang dikawal selia Risda dan mereka dijanjikan serahan semula pokok getah selepas tujuh tahun daripada pengambila­n tanah seluas 18 hektar.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia