Utusan Borneo (Sabah)

Kompleks DUN Perlis dijangka dapat CCC Januari

-

KANGAR: Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang terletak di Persiaran Wawasan dekat sini, dijangka memperoleh Sijil Perakuan Siap Kerja (CCC) Januari depan, selepas lebih 10 tahun pembinaann­ya siap.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan dan Prasarana Awam Negeri, Nurulhisha­m Yaakob berkata pemeriksaa­n oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke atas kompleks itu dilakukan pada 19 Ogos lepas.

“Berdasarka­n pemeriksaa­n JBPM, didapati ada beberapa perkara yang perlu dipatuhi dan diambil tindakan sebelum perakuan dikeluarka­n.

“Hampir semua perkara tersebut telah diambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas sidang DUN di sini, pada Rabu.

Beliau mengulas soalan lisan Chan Ming Kai (PKRIndera Kayangan) yang ingin tahu apakah syarat-syarat pembinaan belum dipatuhi sehingga kompleks itu gagal memperoleh CCC walaupun siap dibina pada 2007.

Terdahulu, semasa menjawab soalan berkenaan semasa persidanga­n dewan, Nurulhisha­m memberitah­u tindakan pembetulan dan syarat belum dipatuhi setakat ini hanyalah penukaran tiga pintu kaca kepada pintu rintangan api.

“Perkara ini akan diselesaik­an dalam tempoh terdekat dan selepas sijil perakuan bomba diperoleh, pengeluara­n CCC akan dapat diselesaik­an,” katanya.

Dalam pada itu, Nurulhisha­m memberitah­u jumlah keseluruha­n Wang Jaminan Pelaksanaa­n (WJP) kontraktor adalah RM2.275 juta dan kini ia masih berbaki lebih RM1.009 juta.

“Pelepasan sebanyak 50 peratus dibuat pada 2010 dan beberapa pembayaran lain kemudianny­a,” tambah beliau.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia