Utusan Borneo (Sabah)

LZNK sasar RM300 juta menerusi pelantikan ejen kutipan PBT

-

ALOR SETAR: Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyasarka­n jumlah keseluruha­n kutipan RM300 juta berbanding RM165 juta tahun lalu dengan pelantikan ejen kutipan zakat di seluruh kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Syeikh Zakaria Othman berkata, menerusi kaedah itu, orang ramai boleh membuat bayaran zakat di kaunterkau­nter Majlis Bandaraya Alor Setar serta pihak PBT dan pada masa yang sama boleh membayar cukai pintu atau cukai taksiran masingmasi­ng.

“Kami akan mulakan pada awal tahun depan dan buat masa ini MBAS menjadi perintis projek dan insyaAllah, lepas ini kami akan perluaskan di seluruh PBT di Kedah,” katanya pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) Ejen Kutipan Cukai Taksiran dan Kutipan Zakat antara MBAS dan LZNK di sini, pada Rabu.

MBAS diwakili Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Zohdi Saad, manakala Zakaria mewakili LZNK.

Zakariaber­katabeliau­yakin apabila semua agensi dan jabatan serta PBT memberi ruang dan kemudahan kepada orang ramai, jumlah kutipan boleh meningkat lebih 100 peratus kepada RM300 juta berbanding RM165 juta sebelum ini.

Katanya, kerjsama ini juga dilihat dapat meningkatk­an jumlah kutipan cukai taksiran MBAS yang orang ramai boleh membuat bayaran cukai taksiran di kaunterkau­nter LZNK.

“Dalam perjanjian ini, MBAS turut bersetuju memberi bimbingan kepada kakitangan­LZNKbagaim­ana untuk membuat kiraan taksiran cukai dan LZNK turut akan membimbing kakitangan MBAS untuk belajar membuat kiraan zakat ini yang akhirnya akan menguntung­kan kedua-dua belah pihak,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zohdi berkata langkah yang diambil LZNK ini perlu dicontohi dan diperluask­an ke seluruh kawasan PBT kerana ia memberi lebih banyak ruang dan kemudahan kepada orang ramai untuk membayar zakat.

“Satu lagi sejarah tercipta secara NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan) iaitu LZNK dan MBAS bersepadu menjalin kerjasama. Sistem ini memudahkan pelanggan khususnya pembayar cukai dan pembayar zakat membuat bayaran,” katanya.

Mohd Zohdi berkata kerjasama yang terjalin ini dilihat mampu tingkatkan jumlah kutipan kedua-dua pihak dan menjimatka­n kos operasi.-Bernama

 ??  ?? KETUA Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Syeikh Zakaria Othman (depan, kanan) dan Datuk Bandar Alor Setar Datuk Mohd Zohdi Saad (depan, kiri bersalaman pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) Ejen Kutipan Cukai Taksiran dan Kutipan Zakat antara Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan LZNK pada Rabu.
KETUA Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Syeikh Zakaria Othman (depan, kanan) dan Datuk Bandar Alor Setar Datuk Mohd Zohdi Saad (depan, kiri bersalaman pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) Ejen Kutipan Cukai Taksiran dan Kutipan Zakat antara Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan LZNK pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia