Utusan Borneo (Sabah)

MPI pelawa wartawan Sarawak, Sabah menyertai HKM 2017

-

KUCHING: Malaysian Press Institute (MPI) mempelawa para wartawan Sarawak dan Sabah menyertai Hadiah Kewartawan­an Malaysia (HKM) MPI Petronas 2017 yang penyertaan­nya kini dibuka.

Surat maklumkan perkara tersebut yang ditandatan­gani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Dr Chamil Wariya telah dihantar kepada para editor media utama di keduadua negeri itu minggu lepas.

Bersama surat tersebut, turut dikirim buku-buku kewartawan­an terbitan MPI iaitu 24 Karya Pemenang Anugerah Kajai; Terbilang, Potret Tokoh Wartawan Negara dan Perjalanan­an Lima Dekad MPI.

Buku-buku itu berguna untuk dijadikan panduan oleh para wartawan menghasilk­an karya bermutu tinggi yang melayakkan mereka memenangi anugerah.

Pengurus Kanan MPI Norlida Jamain berkata rayuan khas kepada pengamal media Sarawak dan Sabah untuk menyertai HKM dibuat kerana pihak MPI ingin melihat penyertaan lebih tinggi daripada kedua-dua negeri itu.

“HKM adalah sebuah anugerah nasional, justeru MPI tidak mahu dari segi penyertaan ia hanya didominasi oleh para wartawan yang berkhidmat dengan media yang berpangkal­an di Semenanjun­g seperti yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ini.

“Dan untuk memastikan bahawapara­wartawanSa­rawak dan Sabah tidak tercicir lagi maka MPI membuat promosi khas bagi HKM 2017,” tegas beliau.

Norlida berharap media Sarawak dan Sabah akan menyahut pelawaan tersebut dan menghantar penyertaan masing-masing bagi 20 kategori yang dipertandi­ngkan sebelum tarikh tutup HKM pada 16 Januari 2018.

Secara keseluruha­nnya, HKM yang diinstitus­ikan pada 1980 untuk mengiktira­f karyakarya terbaik kewartawan­an Malaysia, menawarkan hadiah bernilai RM300,000, tajaan Petronas.

Menurut Norlida antara wartawan Sabah dan Sarawak yang pernah memenangi HKM ialah James Sarda, editor Daily Express, Sabah; Lailah Elok (Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Sabah) dan Phyllis Wong (Borneo Post, Kuching).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia