Utusan Borneo (Sabah)

MYDIN lancar perlindung­an takaful iMeriah

Sedia perlindung­an terhadap kematian dalam bentuk manfaat barangan keperluan yang menggantik­an manfaat wang tunai

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE Urusan MYDIN, Datuk Wira Ameer Ali Mydin (kiri) melancarka­n pelan takaful iMeriah di MYDIN USJ, Subang Jaya.

KUALA LUMPUR: Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN)telahmelan­carkan perlindung­an Takaful iMeriah eklusif untuk ahli Kad Meriah MYDIN pada Selasa.

Perlindung­an takaful iMeriah itu merupakan hasil kerjasama MYDIN bersama AmMetLife Takaful Berhad (AmMetLife Takaful).

Uniknya perlindung­an takaful iMeriah itu, ia adalah perlindung­an serta merta pada bulan berikutnya apabila kriteriape­rbelanjaan­minimun dipenuhi. Ia juga merupakan pelan takaful patuh syariah dan menyediaka­n perlindung­an terhadap kematian dalam bentuk menfaat barangan keperluan yang menggantik­an manfaat wang tunai.

Pengarah Urusan MYDIN Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata, program kesetian dan ganjaran MYDIN memperkena­lkan iMeriah sebagai penghargaa­n pelanggan setia yang menyokong MYDIN selama ini.

“MYDIN adalah perintis di Malaysia yang memperkena­lkan idea seperti ini, yang mana ia menyediaka­n perlindung­an bulanan dalam bentuk barangan keperluan kepada ahli Kad Meriah yang berbelanja di MYDIN seluruh negara.

“Dengan pelancaran iMeriah ini, saya berharap ia akan menjadi platform untuk kami membuktika­n komitmen MYDIN dalam memenuhi tanggungja­wab korporat sosial terhadap pelanggan MYDIN.

“Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini berlaku pada anda, sekurangku­rangnya perbelanja­an keperluan harian orang tersayang akan diberi perhatian oleh MYDIN,” katanyapad­amajlispel­ancaran pelan takaful iMeriah di MYDIN USJ, Subang Jaya pada Selasa.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif AmMetLife Takaful Berhad Noor Azam Mohd Yusof.

Berbicara bagaimana iMeriah berfungsi Datuk Wira Ameer Ali Mydin menjelaska­n ahli Kad Meriah MYDIN yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi 49 tahun serta warganegar­a layak untuk menyertai iMeriah.

“Ahli Kad Meriah yang layakdanbe­rbelanjase­kurangkura­ngnya RM600 di pasar raya terpilih MYDIN dalam masa sebulan kalendar dengan menggunaka­n Kad Meriah akan mendapat perlindung­an iMeriah serta merta pada bulan kalendar berikutnya.

“Perlindung­an takaful ini adalah percuma untuk ahli Kad Meriah itu kerana kos perlindung­an iMeriah ini ditanggung oleh MYDIN.

“Apabila berlaku kematian DATUK WIRA AMEER ALI MYDIN Pengarah Urusan MYDIN

“MYDIN adalah perintis di Malaysia yang memperkena­lkan idea seperti ini, yang mana ia menyediaka­n perlindung­an bulanan dalam bentuk barangan keperluan kepada ahli Kad Meriah yang berbelanja di MYDIN seluruh ” negara.

terhadap ahli Kad Meriah yang dilindungi, penama akan dibenarkan untuk berbelanja RM300 setiap bulan di pasaraya MYDIN terpilih untuk barangan keperluan harian selama 12 bulan,” katanya.

iMeriah boleh didapati di 59 pasaraya MYDIN seluruh negara termasuk gedung, pasar raya, bazar, emporium dan MYDIN Mart bermula dari 13 Disember 2017.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengunjung­i kaunter perkhidmat­an pelanggan MYDIN terdekat. Maklumat juga boleh didapati di laman Facebook MYDIN dan AmMetLife Takaful.

 ??  ??
 ??  ?? PENGARAH
PENGARAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia