Utusan Borneo (Sabah)

Fasa dua PR1MA Ranggu sedia untuk ditempah

-

KANGAR: Kerajaan Perlis akan mewujudkan sebuah tabung khas bagi membolehka­n bantuan tunai disalurkan terlebih dahulu kepada penerima yang layak, sementara menunggu proses kelulusan bantuan kebajikan daripada jabatan berkaitan selesai.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata dana untuk Tabung Bantuan Segera (TBS) itu akan bermula dengan peruntukan awal RM500,000 pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis dan Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri akan membuka kaunter Jom Bantu Rakyat pada Sabtu minggu kedua setiap bulan bagi memastikan tiada yang tercicir dalam mendapat bantuan kebajikan.

“Wakil rakyat bersama JKM Perlis dengan kerjasama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung akan turun padang dalam usaha untukmenge­nalpastigo­longan miskin di Perlis,” katanya semasa membentang­kan Bajet Perlis 2018 di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini, pada Rabu.

Beliau berkata lima tahun lepas, ketua isi rumah miskin tegar di negeri itu berjumlah 342, namun pada 2016 hanya 81 dikenal pasti masih berada dalam kelompok tersebut.

“Ini menunjukka­n penurunan sebanyak 76 peratus dan mengikut rekod kerajaan negeri, kini jumlah ketua isi rumah miskin tegar hanya tinggal 46 dan dengan komitmen kerajaan negeri dan sokongan semua pihak tidak mustahil kemiskinan tegar di Perlis dapat disifarkan,” kata Azlan.

Menerusi pembentang­an bajet hari ini juga, beliau berkata dana berjumlah RM650,000 disediakan khusus untuk membantu rakyat yang mengalami kerugian harta benda akibat bencana atau musibah seperti ribut dan kebakaran.Bernama TAWAU: Fasa dua untuk Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Ranggu dengan 776 unit rumah teres satu dan dua tingkat kini akan sedia untuk rakyat Malaysia menempah dalam usaha pihak kerajaan memberikan rumah dengan harga yang berpatutan kepada masyarakat dari golongan sederhana.

Kontraktor projek Larry Koh @Rahim Abdullah berkata syarikatny­a Prinsip Hasil Sdn Bhd yang juga telah dilantik sebagai ejen penjualan memaklumka­n bahawa PR1MA akan mengadakan Hari Terbuka PR1MA bagi masyarakat yang berminat untuk melihat dan memproses pembelian dari 15 hingga 17 Disember setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang di Dewan Peringatan Hiew Fook yang terletak di sekolah Tinggi Cina Sabah, Jalan Chong Thien Vun.

“Panel perbankan, peguam dan jabatan yang terbabit akan turut bersama dalam Hari Terbuka PR1MA itu untuk membantu mereka yang berminat membeli,”

ILUSTRASI

katanya.

Beliau berkata kos pembelian unit-unit rumah itu adalah rendah berbanding pasaran untuk rumah yang mempunyai spesifikas­i yang sama kerana ia adalah matlamat kerajaan untuk memastikan mereka mampu membeli.

Katanya fasa pertama yang meliputi 524 unit rumah kini hampir semua telah dibeli oleh pelanggan dan pihak pejabatnya masih membuka ruang kepada mereka yang berminat untuk membeli rumah fasa pertama atau fasa kedua.

“Masyarakat­yangbermin­at boleh membuat pilihan dalam fasa kedua di mana jenis A Teres Satu Tingkat dengan keluasan 1,003 kaki persegi, jenis B Teres Satu Tingkat dengan keluasan 905 kaki persegi dan jenis C Teres Dua Tingkat dengan keluasan 1,400 kaki persegi.

“Projek ini yang terletak lebih kurang 15 kilometer dari bandar daerah dan hanya 390 meter dari Bandar Sri Indah juga menawarkan penjualan 10 unit kedai setiap satu dengan keluasan 1,200 kaki persegi,” katanya.

Koh menjemput mereka yang berminat untuk melawat tapak itu di mana contoh rumah tingkat satu telah disediakan atau ke pejabat mereka di TB 1090, Jalan Durian, Off Jalan Kuhara antara jam 9 pagi dan 6 petang pada hari bekerja dan Sabtu dari jam 9 pagi hingga 1 petang untuk mendapatka­n maklumat lanjut, melihat sendiri pelan tapak dan membuat pendaftara­n.

Mereka yang berminat boleh juga menghubung­i pejabat Koh di talian 089767167/ 089-767166.

“Pihak kami mengalualu­kan kehadiran mereka yang berminat ke pejabat kami untuk mendaftark­an diri walaupun mereka mungkin telah mendaftar dengan PR1MA sebelum ini dan membuat pertanyaan mengenai prosedur yang perlu,” katanya.

Kemudahan yang akan disediakan untuk penghuni merupakan satu dewan serbaguna, satu surau, satu tadika dan penjagaan keselamata­n menyeluruh termasuk pagar, pengawal dan televisyen pengawalan.

 ??  ?? rumah jenis A.
rumah jenis A.
 ??  ?? ILUSTRASI rumah jenis B.
ILUSTRASI rumah jenis B.
 ??  ?? ILUSTRASI rumah jenis C.
ILUSTRASI rumah jenis C.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia