Utusan Borneo (Sabah)

Swinger Mania Combo ditawarkan kembali di Sugar Bun

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Sugar Bun memperkena­lkan semula Swinger Mania Combo sempena perayaan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2018.

Seperti tahun sebelumnya, Swinger Mania ditawarkan dalam pelbagai pilihan kombo yang pasti menepati citarasa pelanggan tempatan.

Sugar Bun Swinger Mania Combo ini ditawarkan dengan tiga pilihan hidangan pada harga yang munasabah.

Untuk set pertama, ia merangkumi burger ikan, kentang swinger serta minuman berkarbona­t pada harga RM13.99.

Set kedua pula meliputi seketul broasted chicken atau hot & spicy chicken, satu kentang swinger serta minuman berkarbona­t. Ia ditawarkan pada harga RM10.

Bagi set ketiga yang ditawarkan pada harga RM12.99, pelanggan boleh menikmati dua ketul broasted chicken atau hot & spicy chicken, satu kentang swinger dan minuman berkarbona­t.

Kesemua set promosi Swinger Mania Combo ini berada di restoran Sugar Bun di seluruh Malaysia Timur kecuali di outlet lapangan terbang bermula pada 15 Disember sehingga 15 Januari 2018.

Langkah promosi itu bukan hanya bertujuan meningkatk­an jualan semasa musim perayaan tetapi juga memberi peluang kepada pelanggan menikmati kentang swinger yang ditawarkan bersama broasted chicken.

Untuk Sabah, kesemua outlet Sugar Bun yang terletak di Metro Town, Putatan, Jalan Pantai dan Kota Belud menawarkan set swinger mania combo ini.

 ??  ?? PENYELIA Sugar Bun Metro Town Mariana bersama kakitangan lain mempromosi­kan set Swinger Mania Combo.
PENYELIA Sugar Bun Metro Town Mariana bersama kakitangan lain mempromosi­kan set Swinger Mania Combo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia