Utusan Borneo (Sabah)

Penggera berbunyi, ribuan burung merpati dilepas ketika Xi ketuai acara suram untuk mangsa kekejaman tentera Jepun

-

NANJING: Penggera berbunyi dan ribuan burung merpati dilepaskan ketika Presiden China Xi Jinping mengetuai acara suram di Nanjing sempena 80 tahun sejak pembunuhan beramairam­ai pada zaman perang di bandar raya itu oleh tentera Jepun.

Beberapa ribu askar berpakaian serba hitam, penjawat awam dan pelajar dengan bunga putih yang disemat pada jaket mereka tidak mempedulik­an keadaan sejuk di sebuah tugu peringatan kepada lembaran gelap dalam Perang Dunia II yang masih memisahkan kedua-dua negara.

Namun demikian, walaupun berjanji untuk tidak pernah melupakan “malapetaka dahsyat” yang dibawa oleh “militarism­e Jepun” dalam ucapan kepada hadirin, seorang pegawai tertinggi China turut menekankan keperluan bagi kedua-dua negara itu untuk maju ke hadapan.

“China dan Jepun adalah jiran dekat, jiran yang tidak dapat pergi ke tempat lain,” kata Yu Zhengsheng, seorang bekas anggota kepimpinan tertinggi Parti Komunis di China yang kini mempengeru­sikan sebuah badan parlimen.

China dan Jepun harus menggunaka­n “sejarah hubu- ngan kita yang lama dan kaya” untuk mengeratka­n lagi “persahabat­an”, kata Yu, yang mengelak daripada menyebut tentang pertikaian pahit berhubung pembunuhan beramai-ramai itu.

Menurut China, 300,000 orang awam dan askar dibunuh dalam kejadian pembunuhan, penyeksaan, pencabulan, pembakaran dan penjarahan selama enam minggu selepas tentera Jepun merampas Nanjing, ketika itu ibu negara, pada 13 Disember 1937.

Ia masih menjadi punca bagi kemarahan kerana pendapat yang tidak sama mengenai keseriusan pembunuhan itu dan penafian dari semasa ke semasa oleh golongan konservati­f di Jepun bahawa ia pernah berlaku.

Secara rasmi Jepun mengakui “pembunuhan sejumlah besar orang bukan tentera, penjarahan dan perbuatan lain telah berlaku” tetapi berkata ia adalah “sukar” untuk menentukan jumlah sebenar.

Isu itu menyusut sewaktu Perang Dingin tetapi muncul semula sejak beberapa dekad lalu, selepas China semakin kerap mempamerka­n kekuatan di bawah Xi, manakala pengkritik berkata pengubah sejarah Jepun sudah semakin berani di bawah pemimpin konservati­f Shinzo Abe.

China pada 2014 secara rasmi menjadikan ulang tahun itu Hari Peringatan Kebangsaan, sekali gus menaikkan lagi profilnya.

Dalam satu ucapan ulang tahun pada tahun itu di Nanjing, Xi berkata pembunuhan 300,000 mangsa tidak dapat dinafikan.

Namun Xi tidak berucap semalam atau meletakkan kalungan bunga dalam acara yang disiarkan oleh televisyen ke seluruh negara yang menyaksika­n kebanyakan bahagian di bandar raya itu ditutup oleh langkah keselamata­n.

Liang Yunxiang, seorang pakar hubungan antarabang­sa di Universiti Peking, berkata Beijing menghidupk­an memori zaman perang untuk mempengaru­hi Jepun dalam pertikaian zaman moden seperti perbalahan mengenai wilayah maritim.

“Konflik semasa kini sedang berlaku di antara kedua-dua negara, sebab itulah isu sejarah muncul semula. Semua sejarah adalah kontempora­ri,” kata Liang.

Namun kurang daripada 100 orang yang dianggap sebagai “mangsa selamat” daripada pembunuhan beramairam­ai itu masih hidup, dan kedua-dua pihak berulang kali menyuaraka­n keinginan untuk melihat ke depan dan mengelak daripada mengganggu hubungan dagangan mereka yang amat besar.

Askar membawa lapan kalungan bunga besar yang melambangk­an dekad-dekad ke tapak peringatan manakala muzik sedih berkumanda­ng.

“Loceng keamanan” kemudian dibunyikan. Penggera berbunyi di seluruh bandar raya itu selama seminit dan hon kereta juga kedengaran. — AFP

 ??  ?? PENGGERA berbunyi dan ribuan burung merpati dilepaskan ketika Xi mengetuai acara suram sempena 80 tahun sejak pembunuhan beramai-ramai di Nanjing semalam. — Gambar AFP
PENGGERA berbunyi dan ribuan burung merpati dilepaskan ketika Xi mengetuai acara suram sempena 80 tahun sejak pembunuhan beramai-ramai di Nanjing semalam. — Gambar AFP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia