Utusan Borneo (Sabah)

Kebakaran mulai reda, penduduk kira kerugian

-

CARPINTERI­A: Kru yang cuba memadamkan kebakaran belantara yang memusnahka­n selatan California selama seminggu telah berjaya memperlaha­nkan penularan kebakaran terburuk, kata pegawai kelmarin, manakala penduduk mengira kerugian daripada kerosakan yang begitu dahsyat.

Namun kebakaran terbesar ‘Thomas’, yang memusnahka­n hampir 95,000 hektar tanah, masih hanya 20 peratus sahaja terkawal, menurut data rasmi, manakala anggota bomba memberi amaran tentang ancaman berterusan.

Perintah evakuasi diberikan bagi kawasan terancam dalam wilayah Santa Barbara kira-kira 160 kilometer ke barat laut Los Angeles.

Sehari dua lalu, kawasan kebakaran sudah berkembang sebanyak kira-kira seribu hektar.

Hampir 6,400 anggota bomba sudah membanting tulang selama seminggu untuk memadamkan kebakaran yang diburukkan oleh keadaan kering-kontang dan ribut kencang.

Ribut akan bertiup selaku 65 kilometer sejam, kata badan kaji cuaca, manakala pihak berkuasa kesihatan awam menggesa rakyat untuk memakai penutup wajah bagi melindungi diri daripada abu dan asap.

Juruterban­g bersara Don Thompson, yang mempunyai sebuah ladang avokado di pusat peranginan pantai Carpinteri­a, dekat Santa Barbara, menggambar­kan kehilangan rumah saudaranya yang baharu meninggal dunia dalam kebakaran itu sebagai “penghujung era bagi keluarga kami”.

“Dia sendiri membina rumah ini,” katanya sambil menunjuk kepada dua cerobong batu membara yang masih tinggal.

Setengah daripada dusun avokado keluarga Thompson musnah manakala asap hitam tebal terus menyelubun­gi suasana kelmarin, yang membataska­n penglihata­n kepada kira-kira 50 meter.

Lebuh raya yang merentasi kawasan itu tidak cukup untuk menghalang penularan api, yang didorong oleh tumbuhtumb­uhan yang terbakar.

Di tepi laut, pokok palma yang melambangk­an negeri itu bagi ramai pihak, hanya tinggal batang pokok hitam yang menyedihka­n.

‘Thomas’ merupakan kebakaran kelima terbesar dalam sejarah California, kata Eric Boldt, seorang pakar meteorolog­i bersama Jabatan Cuaca Negara di Los Angeles.

Ia merupakan kebakaran terbesar di antara enam kebakaran yang sudah berlaku sejak Isnin lalu, manakala kebakaran lain kini sudah lebih 90 peratus dibendung.

Pada keseluruha­nnya, kebakaran sudah memusnahka­n lebih 100,000 hektar tanah dan memaksa evakuasi ratusan ribu penduduk.

Sementara itu Gabenor California, Jerry Brown, memberi amaran bahawa kebakaran belantara yang memusnahka­n negerinya harus dijadikan amaran bagi tempat lain di dunia yang diancam perubahan iklim.

“Fakta penting ialah kebakaran ini akan menjadi satu kejadian yang sangat kerap, itulah apa yang diberitahu oleh sains kepada kita,” katanya kepada AFP di Sidang Kemuncak Satu Planet, yang diadakan di Paris.

“Ia adalah petunjuk sebenar bagi perkara buruk yang akan berlaku dan kita harap ia akan bertindak untuk menyedarka­n orang yang sekarang terlalu bersikap sambil lewa,” ujarnya.

Pakar berkata pemanasan global meningkatk­an lagi risiko kebakaran yang tidak terkawal dengan mengeringk­an tumbuh-tumbuhan, menjadikan lebih mudah terbakar dan api mudah dinyalakan oleh kilat, pembakaran spontan, atau api yang dinyalakan oleh manusia.

Walaupun kebakaran begitu kuat sekali, dan di kebanyakan kawasan meninggalk­an keadaan yang mirip permukaan bulan, pihak berkuasa setakat ini melaporkan satu kematian – seorang wanita berusia 70 tahun yang meninggal dunia dalam kemalangan kereta ketika dia lari dari api dalam kawasan Thomas. — AFP

 ??  ?? RANGKA kenderaan yang rentung dilihat di pekarangan rumah di tepi bukit Toro Canyon selepas kebakaran belantara melanda utara Santa Barbara, California kelmarin. — Gambar AFP
RANGKA kenderaan yang rentung dilihat di pekarangan rumah di tepi bukit Toro Canyon selepas kebakaran belantara melanda utara Santa Barbara, California kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia