Utusan Borneo (Sabah)

Duterte dapat kuasa undang-undang tentera selama setahun lagi

-

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte mendapat kuasa undang-undang tentera di seluruh selatan negara selama setahun lagi semalam untuk memerangi puak militan Islam dan pemberonta­k berhaluan kiri, selepas Kongres menepis kebimbanga­n mengenai pemerintah­an kuku besi.

Permintaan Duterte untuk melanjutka­n undang-undang tentera di wilayah Mindanao sehingga 31 Disember tahun lepas dan menahan suspek yang disyaki pemberonta­k di sana tanpa dakwaan diluluskan oleh Senat dan Dewan Perwakilan.

“Usul untuk melanjutka­n lagi perisytiha­ran undang-undang tentera dan penggantun­gan keistimewa­an perintah rasmi habeas corpus dengan ini diluluskan,” kata Speaker Dewan Pantaleon Alvarez selepas undian 240-27 di satu sesi bersama.

Pada Mei lalu, Duterte melaksanak­an pemerintah­an tentera dan menggantun­g perintah rasmi itu – satu jaminan perlembaga­an terhadap tangkapan tanpa waran – di wilayah yang mempunyai 20 juta penduduk berkenaan, beberapa jam selepas militan bersenjata Islam merampas kota selatan Marawi.

Tempoh awal undangunda­ng tentera dihadkan oleh perlembaga­an kepada 60 hari.

Bagaimanap­un pada Julai lalu Kongres memberi kuasa kepada Duterte untuk melanjutka­n undang-undang tentera sehingga hari terakhir 2017 ketika beliau bertindak untuk menawan semula kota itu daripada ratusan lelaki bersenjata yang beliau tuduh berkomplot untuk menjadikan Marawi pangkalan tempatan bagi kumpulan Negara Islam (IS).

Duterte mengisytih­arkan Marawi “dibebaskan” pada Oktober lalu setelah kempen serangan bom yang disokong oleh Amerika Syarikat selama lima bulan dan meragut lebih 1,100 nyawa dan memusnahka­n sebahagian besar kawasan di kota itu.

Namun pada Isnin lepas beliau memberi amaran bahawa mereka yang lari sedang mengumpul bala tentera.

Duterte, yang membatalka­n rundingan damai pada bulan lepas dengan pemberonta­k komunis, turut memberi amaran bahawa salah satu pemberonta­kan bersenjata paling lama di Asia sudah memperting­katkan “tindakan pengganas”.

Permintaan­nya memburukka­n lagi kebimbanga­n pengkritik bahawa beliau mahu mengemudi balik Filipina kepada kepimpinan kuku besi seperti apa yang dibuat oleh mendiang presiden Ferdinand Marcos pada 1972.

Ahli perundanga­n pembangkan­g semalam berkata undang-undang tentera adalah tidak sah kerana Duterte sudah mengisytih­arkan pembebasan Marawi dan menganggap puak komunis sebagai “kuasa lemah”.

“Ia adalah jelas bahawa ini adalah alat penindasan yang menjurus kepada kepimpinan kuku besi,” kata Ahli Kongres, Emmi De Jesus, ketika menjelaska­n undinya.

“Adakah ini pendahulua­n kepada pengisytih­aran undang-undang tentera di seluruh negara?” kata ketua minoriti Senat Franklin Drilon.

Duterte sudah berulang kali menyatakan beliau mungkin akan melaksanak­an undang-undang tentera di seluruh negara untuk menyelamat­kan Filipina dari narkotik, jenayah dan anarki yang dicetuskan oleh terorisme.

Namun anggota kabinetnya menepis kebimbanga­n itu.

“Kami tidak meminta undang-undang tentera tanpa had. Apa yang kami mahukan ialah keamanan tanpa had,” kata Setiausaha Eksekutif Salvador Medialdea di satu sesi bersama. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia