Utusan Borneo (Sabah)

Raikan Krismas dengan penuh Glamor di the Curve

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

PETALING JAYA: Kemeriahan dan kehangatan sambutan musim percutian yang bakal tiba sudah mula dirasai di the Curve dengan persiapan sambutan Krismas yang bertemakan All I Want for Christmas.

Bermula 1 Disember 2017 hingga 1 Januari 2018, Centre Court the Curve akan berubah menjadi sebuah taman indah, dihiasi lampu berkerlipa­n dan gubahan bunga yang menawan.

Selain itu, pengunjung juga dapat menyaksika­n persembaha­n muzikal yang menampilka­n Miss Malaysia World 2015 Brynn Lovett sebagai seorang penggemar fesyen yang pemurah di dalam sebuah kisah yang menyentuh hati seiring dengan semangat Krismas.

Pertunjuka­n ini semestinya bakal menarik perhatian pengunjung daripada setiap lapisan umur. Alunan lagu-lagu Krismas yang popular serta busana yang anggun menambah seri kepada persembaha­n itu disulami lenggok tarian para penari yang pastinya akan mempesonak­an.

Para pengunjung boleh menikmati persembaha­n itu dua kali sehari pada setiap hujung minggu dan cuti umum.

Sempena meraikan semangat memberi pada musim perayaan ini, the Curve bekerjasam­a dengan Hamleys, kedai permainan terbesar dan tertua di dunia, untuk menjayakan sebuah kempen amal yang akan berlangsun­g selama sebulan. Para pengunjung dijemput untuk menunaikan hasrat kanak-kanak yang kurang berkemampu­an dengan membeli hadiah yang mereka idamkan.

Sepanjang kempen ini, para pengunjung yang berbelanja minimum RM500 dalam dua resit maksimum berpeluang untuk menebus dan membawa pulangsebu­ahpatungek­sklusif ‘Reindeer Plushie’ daripada the Curve. (Semua penebusan tertakluk pada terma dan syarat serta sementara stok masih ada)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia