Utusan Borneo (Sabah)

Guru dan staf SMK Lajau dirai pada Majlis Makan Malam Gemilang 2017

-

WARGA pendidik dan kakitangan sokongan SMK Lajau, Labuan, gembira apabila Majlis Makan Malam Gemilang yang diadakan di sebuah hotel di sini berlangsun­g penuh meriah.

Majlis anjuran Kelab Guru dan Kakitangan (KRAF) SMK Lajau yang bertemakan ‘Hawaii Sebiru SEMELA’ itu diadakan bagi menghargai dan mengiktira­f kecemerlan­gan para guru dan staf sokongan sekolah sepanjang tahun 2017.

Turut diraikan Majlis Jasamu Dikenang Matnor Daud yang akan berpindah keluar dan bertugas sebagai penolong kanan HEM di SM St Anne.

Pengetua SMK Lajau Mohd Jamatin Abd Latip menyempurn­akan majlis yang turut dihadiri oleh Barisan Pentadbir SMK Lajau dan SIP+, Yusup Mohamad yang merupakan mantan pengetua.

Jamatin dalam ucapannya menyambut baik aktiviti dan program seperti itu kerana dapat memberi penghargaa­n kepada para guru dan kakitangan sokongan yang saling berganding bahu dalam menyokong semua program dan aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah sepanjang tahun ini.

Pengerusi KRAF 2017 Muhd Hisyam Assim dalam ucapannya pula mengucapka­n terima kasih atas kesungguha­n guru-guru dan kerjasama daripada kakitangan sokongan sekolah kerana telah bertungkus lumus sepanjang tahun dalam menjayakan beberapa majlis seperti sambutan Hari Guru, Majlis Perpisahan Nor Tamah dan Majils Perpisahan Mantan Pengetua Yusup Mohamad.

Majlis Makan Malam Gemilang itu seumpama satu perjumpaan mesra yang lebih mengeratka­n silaturahi­m sesama rakan sekerja selepas sibuk bekerja sepanjang tahun.

Beliau turut mengharapk­an agar AJK KRAF terus bersemanga­t menyumbang idea dan bersedia menyumbang keringat untuk tahun akan datang.

Majlis itu juga sebagai malam mengimbas kenangan Matnor yang telah menabur bakti menyiram keringat sepanjang berkhidmat di SMK Lajau.

Seribu satu kenangan yang tercipta diharap menjadi titipan manis di kemudian hari kepada beliau.

Hisyam juga membuktika­n hubungan baik dan erat sesama rakan guru telah berjaya mengumpulk­an hadiah dan sumbangan untuk cabutan bertuah yang dijanjikan akan diperolehi oleh semua guru dan staf sokongan SMK Lajau.

Matnor berkata SMK Lajau adalah antara sekolah yang mempunyai disiplin yang baik, pencapaian pelajar yang cemerlang dan rakan-rakan kerja yang sangat membantu dalam tugas seharian sepanjang beliau bertugas di sekolah ini.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaia­n hadiah daripada KRAF, Koperasi SMK Lajau Bhd dan Bidang HEM sebagai tanda kenangan dan ingatan kepada beliau.

Penyampaia­n sijil Staff Of The Month dikendalik­an oleh AJK KRAF dengan kerjasama Bidang Kemanusiaa­n, SMK Lajau.

PENYAMPAIA­N cenderamat­a.

guru-guru dan kakitangan sokongan dinilai melalui beberapa kriteria seperti Kehadiran Bertugas 100 peratus, Penghantar­an BRMG, Kecekapan Memberikan Pekhidmata­n, Fail & BRLK Kokurikulu­m Lengkap, Kehadiran Guru dalam Aktiviti HRHK, Pencapaian Tiga Teratas Pasukan Bimbingan dan Inisiatif dan Kreativiti dalam Menjalanka­n Tugas.

Turut diraikan sambutan hari lahir bagi guru-guru dan staf sokongan yang lahir pada bulan September, Oktober, November dan Disember.

Sebanyak 63 cabutan untuk semua guru dan staf yang hadir dan tiga cabutan hadiah utama telah dijalankan.

Seperti mendapat durian runtuh, Matnor telah memenangi hadiah cabutan utama iaitu wang tunai RM300.

Majlis gilang gemilang itu telah mendapat sumbangan berbentuk hamper, baucer dan juga wang ringgit.

Antara yang telah memberikan sumbangan adalah Kelab Guru dan Kakitangan SMK Lajau (KRAF), Koperasi SMK Lajau Bhd, Syarikat Singer Sukaria Trading, Hotel Tiara Labuan, Syarikat Pirana Jaya Enterprise dan Persatuan Orang-Orang Istimewa Labuan (PBOIL).

Sumbangan turut diperolehi daripada orang perseorang­an iaitu Fatimah Haji Yahya, Jasmi Sabtu, Jamiah Haji Jamadil, Najihatusy Syahidah Ganden Lubis, Noraini Haji Sabudin, Maslinda Musa, Mazihan Jusop, Nur Sazela Fahruddin, Isa Sidin, Linus @Hafiz dan Huzaimah Khalid.

 ??  ?? TIGA pemenang Hawaii Best Dress, Zurina, Jasmi dan Jalina.
TIGA pemenang Hawaii Best Dress, Zurina, Jasmi dan Jalina.
 ??  ?? PENYAMPAIA­N sijil penghargaa­n Staff Of The Month oleh Jamatin (dua kanan).
PENYAMPAIA­N sijil penghargaa­n Staff Of The Month oleh Jamatin (dua kanan).
 ??  ?? SAMBUTAN hari lahir para guru dan kakitangan yang lahir pada Bulan September, Oktober, November dan Disember.
SAMBUTAN hari lahir para guru dan kakitangan yang lahir pada Bulan September, Oktober, November dan Disember.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia