Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa banjir bertambah

Mencapai 1,834 orang sehingga petang Rabu

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Mangsa banjir yang dipindahka­n di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mencecah seramai 1,834 orang setakat jam 6 petang Rabu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan di sini pada Rabu merekodkan 1,829 mangsa banjir di Kota Belud dan selebih lima mangsa di Membakut.

Jurucakap jabatan itu berkata 532 mangsa daripada 252 keluarga ditempatka­n di Dewan Masyarakat Tun Said, 643 mangsa di Dewan Sekolah MenengahKe­bangsaan(SMK) Taun Gusi, 289 mangsa di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan dan 365 mangsa di Sekolah Menengah (SM) Agama Tun Said.

Lima lagi mangsa daripada tiga keluarga pula ditempatka­n di Dewan Mini Puspanita Membakut bermula jam 11 pagi hingga 1.30 petang Rabu berikutan kawasan perumahan mangsa di Kampung Kayai dan Dungau terjejas banjir.

“Bagi kawasan Kota Belud kita merekodkan 26 kampung yang terjejas sejak Isnin.

“Kampung terjejas termasukla­h Donggoi, Marajah, Gunding, SadokSadok, Sembirai, Lingkodon, Linau, Lebak Moyoh, Bobot, Suang Punggur, Menunggui, Song-Song, Sangkir, Karang Benai, Kota Bungan, Tawadakan, Lentigi, Tanjung Wakap, Lebak Engad, Keranjanga­n, Rangalau, Tombol, Siasai Tamu, Limatok dan Pompod, Kota Belud,” katanya.

Beliau berkata pihaknya menjangkak­an mangsa banjir akan bertambah jika keadaan cuaca semakin teruk dan sebuah lagi PPS di Dewan Kompleks Sukan Butong sedia dibuka untuk menempatka­n mangsa banjir selanjutny­a.

Sementara itu, Penyelaras Unit Angkatan Pertahanan

 ??  ?? ANGGOTA
ANGGOTA
 ??  ?? PEMINDAHAN mangsa banjir di Membakut.
PEMINDAHAN mangsa banjir di Membakut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia