Utusan Borneo (Sabah)

Jangan terlibat ekstremis, liberalism­e

Peringatan Sultan Selangor kepada imam, pegawai agama

-

KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah pada Rabu menyeru semua imam dan pegawai agama di masjid serta surau di Selangor supaya memastikan tiada dalam kalangan mereka terlibat atau mengajak umat Islam mengikutif­ahamanekst­remis mahupun liberalism­e.

Titah Sultan Sharafuddi­n, baginda pernah dimaklumka­n bahawa terdapat golongan tertentu dalam kalangan umat Islam yang telah terpesong daripada ajaran Islam sebenar sehingga menganggap pembunuhan yang dilakukan terhadap sesama manusia adalah satu jihad yang dituntut oleh Allah SWT.

“Fahaman dan ikutan sebegini amat berbahaya jika dibiarkan menular dalam kalangan umat Islam kerana ini boleh menyebabka­n pembunuhan sesama umat Islam dan perpecahan umat Islam seperti yang berlaku di beberapa buah negara Teluk kebelakang­an ini.

“Oleh itu, beta mahu imam-imam dan pegawaipeg­awai agama untuk sentiasa memantau kegiatan ekstremis ini agar ia tidak berlaku dan bertapak di negeri Selangor,” titah baginda.

Sultan Selangor bertitah pada Istiadat Pengurniaa­n Watikah Pelantikan Ahli-ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi sesi 2018-2020 dan majlis santapan tengah hari bersama 423 imam masjidmasj­id Diraja serta masjid di seluruh negeri di Istana Alam Shah di sini.

Untuk tujuan itu juga, baginda menyeru semua imam dan pegawai masjid untuk memastikan penceramah dan ustaz yang memberi ceramah di masjid serta surau di Selangor mendapat tauliah yang sewajarnya sebelum dibenarkan untuk berceramah, selain memantau ceramah mereka supaya tidak menyelewen­g daripada ajaran Islam sebenar dan mengeliruk­an masyarakat Islam.

“Perkara ini telah selalu beta tegaskan sebelum ini namun masih terdapat imam dan pihak nazir masjid yang masih ingkar serta tidak mematuhi titah beta hingga menyebabka­n berlaku ajaran-ajaran dan ceramahcer­amah yang mengeliruk­an masyarakat Islam berlaku di masjid-masjid dan surau di negeri ini.

“MAIS dan JAIS (Jabatan AgamaIslam­Selangor)sebagai badan agama tertinggi di Selangor perlu sentiasa tegas dalam mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang melanggar titah beta dan melanggar segala peraturan yang telah ditetapkan,” titah Sultan Sharafuddi­n.

Menyentuh soal pentadbira­n JAIS dan jabatanjab­atan di bawahnya, Sultan Selangor bertitah menegaskan supaya mereka memberi ketaatan dan kesetiaan tidak berbelah-bahagi kepada baginda selaku Ketua Agama Islam di negeri itu sepanjang perkhidmat­an mereka di Selangor walaupun menerima gaji dan elaun daripada kerajaan Persekutua­n. Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? SULTAN Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah (depan tujuh, kanan) bergambar bersama anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada Majlis Istiadat Pengurniaa­n Watikah Pelantikan Anggota MAIS Bagi Sesi 2018-2020 dan Majlis Santapan Tengah Hari Bersama...
GambarBern­ama SULTAN Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah (depan tujuh, kanan) bergambar bersama anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada Majlis Istiadat Pengurniaa­n Watikah Pelantikan Anggota MAIS Bagi Sesi 2018-2020 dan Majlis Santapan Tengah Hari Bersama...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia