Utusan Borneo (Sabah)

Lebih RM13 bilion dibelanja tingkat akses digital sejak 2008

-

KUALA LUMPUR: Sejumlah

RM13.7 bilion dibelanjak­an dari tahun

2008 melalui program Pemberian Perkhidmat­an

Sejagat di bawah Suruhanjay­a Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meningkatk­an akses masyarakat kepada perkhidmat­an telekomuni­kasi, persidanga­n Dewan Negara diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari (gambar) berkata sebanyak 20,206 menara telekomuni­kasi dan 841 buah Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) telah dibina hingga hari ini di kawasan ‘underserve­d areas’ manakala 16 PI1M lagi dijangka siap pada suku pertama 2018.

Kerajaan juga telah melaksanak­an Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) bagi meningkatk­an kelajuan internet terutamany­a di Sabah dan Sarawak dengan pemasangan rangkaian kabel gentian optik dasar laut berkapasit­i empat tarabit per saat dengan jumlah jarak keseluruha­n lebih dari 3,800 kilometer,” katanya.

Menjawab soalan Datuk Fahariyah Md Nordin, Jailani berkata keupayaan masyarakat dalam bidang ekonomi turut diperkasak­an melalui kursus dan latihan keusahawan­an dalam talian melalui PI1M di seluruh negara seperti e-Usahawan dan e-Rezeki.

Dari Januari 2016 hingga November lepas, sejumlah 141,380 usahawan muda dan desa telah mengikuti latihan bagi program e-Usahawan di 112 pusat merangkumi mini Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC), Pusat Transforma­si Bandar (UTC) dan PI1M serta sebanyak 411 Pusat Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), katanya.

“Daripada jumlah itu, seramai 33,529 peserta berjaya merekodkan jualan tambahan keseluruha­n yang berjumlah sebanyak lebih daripada RM177 juta.

“Program e-Rezeki, bagi tempoh sama, seramai 138,031 individu telah dilatih melalui 346 pusat latihan termasuk pusat e-Rezeki, kolej komuniti, pusat internet desa, PI1M dan mini RTC serta 336 wakil e-Rezeki,” katanya.

Daripada jumlah itu, seramai 106,964 berjaya menjana pendapatan dengan nilai terkumpul keseluruha­n berjumlah lebih RM93 juta, katanya. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia