Utusan Borneo (Sabah)

UMS buru gelaran juara kedua

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) siap sedia untuk memburu gelaran juara keseluruha­n Kejohanan Sukan IPT Sabah 2017 bermula 16-17 Disember.

Kejohanan untuk merebut Piala Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia; Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching itu akan berlangsun­g di Kompleks Sukan UMS, dekat sini.

Beraksi di gelanggang dan di hadapan penyokong sendiri, kontinjen UMS yang dibarisi oleh 87 atlet dan pegawai menerima bendera UMS dengan semangat berkobar-kobar dari Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar; Prof. Dr. Ismail Ali di majlis penyerahan ringkas pada Rabu.

Ismail semasa menyampaik­an kata-kata semangat, menekankan agar atlet-atlet yang mewakili universiti itu dapat bertanding dengan semangat juang yang tinggi dan terus mencapai kejuaraan.

“Selaku tuan rumah, saya penuh yakin dengan kemampuan atlet-atlet kita yang telah melakukan persiapan rapi dan intensif. Dengan semangat kesukanan dan disiplin yang tinggi, kita pasti mampu mencapai sasaran ini.

“Saya mahu imej kita (UMS) sebagai universiti yang menyimpan ramai atlet berbakat dan hebat dapat dikekal dan dipertingk­atkan lagi. Kita haru tersu mengekal kejaguhan di Sabah dan Borneo serta memberi impak diperingka­t nasional dalam sukan MASUM dan SUKIPT,” tegas beliau.

Sebagai rekod UMS adalah juara keseluruha­n bagi kejohanan edisi yang pertama lalu.

UMSakanmen­yertaikese­mua jenis sukan yang dipertandi­ngankan termasuk futsal, sepak takraw, bola tampar pantai, bola sepak, bola keranjang dan bola jaring.

Menurut Ketua Kontinjen UMS; Charles Thomas, pasukan itu telah bersedia sejak awal tahun dan merasakan tidak mempunyai masalah untuk menjuarai kejohanan edisi Ke2 kali ini.

“Keyakinan kita tinggi kerana semua pasukan UMS ini telah dilatih oleh jurulatihj­urulatih berpengala­man dan terbaik.

“Jika semuanya mengikut peracangan, tidak mustahil untuk kita membolot kesemua gelaran juara pada edisi kali ini,” jelas Charles.

Kejohanan itu dijangka akan dirasmi Mary Yap pada pagi 16 Disember dihadapan kira-kira 20 kontinjen Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dari seluruh Sabah termasuk Universiti Awam, Universiti Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Universiti, Kolej Swasta , Institut Pendidikan Guru, Instutut Kemahiran Mara dan Institut Kemahiran Bina Negara.

 ??  ?? DR. Ismail (depan lima kanan) menyampaik­an bendera UMS kepada kontinjen UMS diketuai oleh Charles (lima kiri) semasa majlis penyampaia­n di Kampus UMS, Jalan Sulaman pada Rabu.
DR. Ismail (depan lima kanan) menyampaik­an bendera UMS kepada kontinjen UMS diketuai oleh Charles (lima kiri) semasa majlis penyampaia­n di Kampus UMS, Jalan Sulaman pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia