Utusan Borneo (Sabah)

Ainie catat masa terpantas

-

SANDAKAN: Ainie Markus dari Keningau mencatat masa terpantas, 33 minit 1 saat dalam acara berbasikal ujian masa perseorang­an wanita sejauh 20 kilometer yang bermula dan berakhir di hadapan Politeknik Sandakan pada Rabu.

Ainie, 17, bekas pelajar SMK Nabawan menjuarai acara itu dengan purata kelajuan kayuhan 36.35 kilometer sejam, menewaskan rakan sepasukan, Arni Sanudin yang mencatat masa 33 minit 2 saat dengan purata kelajuan 36.35 kilometer sejam.

Kemenangan itu membolehka­n Ainie mengumpul dua emas setakat petang Rabu selepas menjuarai acara ‘cross country wanita (2.3 km X 6 pusingan) dan akan turun bersaing dalam dua lagi acara iaitu ‘down hill’ hari ini dan ujian masa berpasukan wanita esok.

Tempat ketiga dimenangi pelumba dari Beaufort, Dayang Ina Shazlyana Suhaimi yang mencatat kepantasan 35 minit 20 saat dengan purata kelajuan 33.95 kilometer sejam.

Peserta Ranau, Jissvica Jupirin menduduki tempat ke-4 dengan masa 38 minit 47 saat, diikuti Alvera Jane Louis (38.57), Shazriena Nasrudin dari Penampang (39.35) dan Shazwana Nasrudin juga dari Penampang (39.44).

Hanya tujuh peserta mengambil bahagian dalam acara itu selepas dua peserta dari Kota Belud menarik diri.

Majlis penyampaia­n pingat dan cenderamat­a (Maskot Agai) disempurna­kan oleh Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Sabah (PBNS) Raijas Anang yang juga Ketua Deligat Teknikal pertanding­an berbasikal SAGA Ke-8.

 ??  ?? RAIJAS menyampaik­an hadiah kepada pemenang.
RAIJAS menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia