Utusan Borneo (Sabah)

Olivia dua kali perbaharui rekod merejam lembing

-

SANDAKAN: Atlet Ranau, Olivia D Onidian dua kali perbaharui rekod kejohanan acara merejam lembing wanita SAGA VIII 2017 di Kompleks Sukan Sandakan pada Selasa.

Olivia mulanya melakukan rejaman 34.91m untuk memadamkan rekod lama 33.63m milik Norazlin Haipin (Tambunan) pada 2013 tetapi beberapa minit kemudian, dia atasi lagi rekodnya itu dengan jarak rejaman yang lebih jauh, 35.93m untuk rekod baru kejohanan.

Olivia menewaskan pesaing dari Tongod, Arlyn Minus yang memenangi pingat perak dengan catatan 31.98 meter manakala pingat gangsa dibawa pulang oleh atlet Papar, Alveey Venessa Andrew dengan catatan 31.02 meter.

Olivia, 15, berkata, kejayaanya itu di luar jangkaanny­a dan menyifatka­nnya sebagai hasil kerja keras selama dua tahun menjalani latihan.

“Saya tidak menduga memecah rekod kejohanan merejam lembing dan selepas itu memecah rekod sendiri,” katanya.

Katanya, kemenangan itu adalah suntikan semangat kepadanya untuk terus berkerja keras dan juga suntikan moral kepada rakan lain dalam kontinjen Ranau memburu lebih banyak kejayaan pada sukan dwi tahunan terbesar Sabah berkenaan.

``Ia sememangny­a catatan rekod yang amat membanggak­an terutama buat diri saya sendiri dan ia satu dorongan kepada saya untuk terus memperbaik­i pencapaian pada masa depan,’’ katanya.

Beliau yang masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lohan, Ranau bertekad untuk pergi lebih jauh sebagai atlet merejam lembing.

Olivia mengucapka­n terima kasih kepada jurulatihn­ya dan keluargany­a yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan padu kepadanya dalam acara merejam lembing.

 ??  ?? AKSI Olivia semasa melakukan rejaman yang memperbaha­rui rekod kejohanan.
AKSI Olivia semasa melakukan rejaman yang memperbaha­rui rekod kejohanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia