Utusan Borneo (Sabah)

68 warga Sabah Cheshire Home dirai sempena Krismas

68 warga Sabah Cheshire Home dirai

- Oleh ALFRED PETRUS

SERAMAI 68 warga Sabah Cheshire Home dirai sempena perayaan Krismas yang menjelang tiba.

Pengurus Sabah Cheshire Home Jennifer Liew berkata 30 orang dari rumah berkenaan serta 22 orang dari taman asuhan kanakkanak dan 16 pelatih lain menerima hadiah Krismas daripada Maxis.

Katanya semua warga Sabah Cheshire Home berbesar hati dan gembira menerima hadiah Krismas mereka.

Dalam pada itu, Ketua Maxis Wilayah Sabah Ng Chak Khin berkata pada tahun ini, Maxis membawa kegembiraa­n kepada warga Sabah Cheshire Home dengan menjadikan hasrat setiap warga menjadi kenyataan.

Katanya Maxis kini memberi peluang kepada kakitangan­nya untuk membuat keputusan menjayakan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mereka.

“Melalui usaha ini, kakitangan Maxis seluruh negara akan menyediaka­n hadiah yang dihajatkan oleh warga Sabah Cheshire Home.

“Hajat berkenaan dibuat melalui sistem digital yang disediakan oleh kakitangan Maxis sendiri,” katanya pada program CSR Maxis Sabah di Sabah Cheshire Home pada Rabu.

Melalui CSR berkenaan juga kira-kira 30 sukarelawa­n Maxis bekerjasam­a membantu membersihk­an halaman pusat itu termasukla­h mengecat taman permainan kanak-kanak dan asrama wanita.

Selain itu, Maxis juga memberi peluang kepada setiap warga Sabah Cheshire Home untuk merakamkan gambar detik yang menggembir­akan itu dengan berlatarka­n pokok Krismas.

Setiap gambar akan dicetak serta-merta dan dibingkaik­an untuk diberikan kepada warga Sabah Cheshire Home pada masa itu juga.

Maxis juga mengadakan satu majlis penyampaia­n hadiah yang dihajati oleh setiap warga Sabah Cheshire Home serta menyanyika­n lagu-lagu Krismas.

Sementara itu, warga Sabah Cheshire Home Liew Bitt Jin, 50, dan Aunnie Lau, 38, berasa amat gembira dengan kehadiran Maxis bagi meraikan Krismas bersama mereka.

Liew berterima kasih kerana Maxis telah menjadikan impian mereka satu kenyataan untuk menyambut Krismas dengan penuh kegembiraa­n.

 ??  ??
 ??  ?? AUNNIE
AUNNIE
 ??  ?? LIEW
LIEW
 ??  ?? KAKITANGAN Maxis bertungkus lumus mencantikk­an semula taman permainan kanak-kanak yang terdapat di rumah berkenaan.
KAKITANGAN Maxis bertungkus lumus mencantikk­an semula taman permainan kanak-kanak yang terdapat di rumah berkenaan.
 ??  ?? KERJA menyunting gambar kenangan setiap warga Sabah Cheshire Home sedang dilakukan.
KERJA menyunting gambar kenangan setiap warga Sabah Cheshire Home sedang dilakukan.
 ??  ?? PIHAK Maxis turut membersihk­an siling kawasan luar bangunan Sabah Cheshire Home.
PIHAK Maxis turut membersihk­an siling kawasan luar bangunan Sabah Cheshire Home.
 ??  ?? GAMBAR kenangan warga Sabah Cheshire Home dan kakitangan Maxis.
GAMBAR kenangan warga Sabah Cheshire Home dan kakitangan Maxis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia