Utusan Borneo (Sabah)

APM selamat mangsa banjir terperangk­ap 12 jam

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA BELUD: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya melakukan operasi menyelamat mangsa banjir terperangk­ap lebih 12 jam di Kampung Taun Gusi, di sini pada Selasa.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata operasi dimulakan jam 4.30 petang dengan meredah kawasan banjir menggunaka­n bot penyelamat milik APM.

“Anggota tiba di lokasi jam 5.45 petang dan mengesan sepasang suami isteri yang tidak sempat melepaskan diri dari rumah mereka disebabkan arus banjir yang deras.

“Mangsa didapati hanya sempat menyelamat­kan diri dengan katil bertingkat dan terpaksa memecahkan siling rumah bagi mendapatka­n ruang untuk bernafas,” katanya.

Beliau berkata semasa anggota APM melakukan operasimen­yelamat,pihaknya berhadapan paras air banjir yang dalam serta kesukaran untuk memasuki rumah mangsa.

“Anggota terpaksa menggunaka­n tali sebelum memasuki kawasan rumah mangsa dengan memanjat di jendela rumah sambil membawa dua jaket keselamata­n untuk diberikan kepada mangsa.

“Mangsa berjaya dibawa keluar jam 7 malam kemudian dan dibawa ke PPS Dewan Masyarakat Tun Said pada jam 8 malam,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah turut melakukan operasi memindahka­n mangsa banjir termasuk warga emas dan menyelamat­kan seorang wanita mengandung berumur 29 tahun di sini.

Mangsa yang dikeluarka­n kemudianny­a dihantar ke Wad Bersalin Hospital Kota Belud menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda, tambahan pula mangsa dijangka melahirkan anak pada 14 Disember ini.

 ??  ?? MANGSA semasa dibawa keluar melalui jendela rumahnya. ANGGOTA bomba mengangkat salah seorang warga emas semasa melakukan operasi menyelamat mangsa banjir di Kota Belud.
MANGSA semasa dibawa keluar melalui jendela rumahnya. ANGGOTA bomba mengangkat salah seorang warga emas semasa melakukan operasi menyelamat mangsa banjir di Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia