Utusan Borneo (Sabah)

Sedafiat sampaikan enam kategori APECS 2016

- Oleh ALFRED PETRUS

enam kategori Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Sedafiat (APECS) 2016 disampaika­n dalam satu Majlis Makan Malam Tahunan 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat Sdn Bhd Datuk Awang Buhtamam Ag Mahmun berkata APECS disampaika­n kepada hospital seluruh negeri melalui perkhidmat­an yang cemerlang diberikan.

“Kesemua penerima ini dinilai melalui kecemerlan­gan yang diberikan dalam perkhidmat­an mereka.

“Seramai 82 penerima APECS dan 30 hospital telah menerima anugerah perkhidmat­an cemerlang.

“Antara kategori APECS adalah Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Syarikat 2016, Anugerah Khas mengikut gred jawatan, Pusat Kecemerlan­gan, Anugerah Amalan Lima S, Pekerja Cemerlang Vendor dan Sijil Penghargaa­n Vendor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada APECS 2016 dan Majlis Makan Malam Tahunan 2017 di Kota Kinabalu pada Selasa.

Buhtamam berkata selain menilai perkhidmat­an berkualiti secara konsisten, Sedafiat juga cuba membuat penambahba­ikan tadbir urus syarikat agar terus memberikan perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat dan negeri.

“Usaha ini sebagai satu matlamat Sedafiat untuk memperoleh kosong aduan berkenaan perkhidmat­an yang dijalankan.

“Hal ini terbukti apabila kita dapati tiada aduan diperoleh selama tiga hari di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas,” katanya.

Dalam pada itu, dengan perkhidmat­an cemerlang, Sedafiat bermatlama­t melebarkan perkhidmat­annya ke seluruh negara termasuk di rantau Asia.

Turut hadir menyempurn­akan majlis itu ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.-

 ??  ?? ARIFIN (kanan) menyempurn­akan penyampaia­n APECS 2016 sambil diperhatik­an oleh Buhtamam (kiri).
ARIFIN (kanan) menyempurn­akan penyampaia­n APECS 2016 sambil diperhatik­an oleh Buhtamam (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia