Utusan Borneo (Sabah)

Warga Fakulti Pertanian Lestari anjur program tangani rasuah

-

SANDAKAN: Fakulti Pertanian Lestari, Kelab SPRUMS mengadakan program Jom Tangani Rasuah bersama pelajar di Sandakan.

Mahasiswa yang terlibat dalam program ini terdiri daripada semua mahasiswa Tahun 1 seramai 110 orang dan seramai 20 orang ahli SPRUMS.

Aktiviti yang dilaksanak­an antaranya ceramah yang disampaika­n oleh pegawai SPRM Cawangan Sandakan Tuan Shuhaimi, sesi perkenalan tentang SPRUMS oleh Ketua Cawangan Sandakan iaitu Syafikah Lakulassa serta sesi pendaftara­n ahli baru SPRUMS.

Aktiviti ini dijalankan di dalam Bilik Kuliah Fakulti Pertanian Lestari. Aktiviti ini dilaksanak­an pada 10 November 2017 pada pukul 8 malam sehingga 10 malam.

Tujuan aktiviti ini dilaksanak­an adalah untuk mempromosi­kan dan memperkena­lkan SPRUMS kepada pelajar baharu. Selain itu, aktiviti ini juga memberikan kesedaran kepada mahasiswa mengenai bahaya rasuah disamping menerapkan nilai anti rasuah dalam kalangan mahasiswa.

Menurut Timbalan Naib Canselor (HEPA) UMS, program ini hasil dari roadshow Pemarah yang dilaksanak­an di UMS pada November lalu. Pendedahan begini untuk mendidik mahasiswa untuk lebih berintegri­ti.

Menurutpen­garahprogr­am, mereka berasa bertuah kerana dapat menyertai program ini dan berpeluang untuk menyertai SPRUMS.

Pengarah juga berpuashat­i kerana semua peserta dan ahli SPRUMS memberikan kerjasama yang balik serta turut menjayakan program ini.

Program ini berjaya dilaksanak­an dan objektif program ini tercapai kerana mahasiswa baru Fakulti Pertanian Lestari mengenali SPRUMS.

“Sekiranya aktiviti seperti ini melibatkan semua mahasiswa dan kakitangan Fakulti Pertanian Lestari, aktiviti pasti akan bertambah meriah dan SPRUMS akan lebih dikenali,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI SPRM ketika menyampaik­an ceramah pada program itu.
PEGAWAI SPRM ketika menyampaik­an ceramah pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia