Sambutan Perayaan Krismas tetap meriah
PROGRAM Rondaan Keselamatan Bersepadu yang dilaksanakan di Parlimen Sandakan diharap dapat memperkemas pengawasan isu-isu sosial yang kerap berlaku pada masa kini.
Timbalan Ketua Menteri yang juga Adun Tanjung Papat Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkata, antara isu sosial yang dikenalpasti termasuk kes pecah rumah, sumbang mahram, samun dan ragut, penyalahgunaan dadah, lumba haram, samseng jalanan dan sebagainya.
“Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Kawasan Rukun Tetangga merupakan satusatunya jalan penyelesaian yang mampu menghidupkan peranan masyarakat untuk sama-sama berganding bahu menjalankan tanggungjawab memastikan keselamatan kawasan kejiranan diberi perhatian,” katanya.
Beliau berkata demikian sempena Program Rondaan Kempen Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti ‘SRS Melestarikan Keselamatan Komuniti’ Parlimen Sandakan 2017 di Balairaya Rancangan Rumah Murah Sim-Sim, pada Selasa. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjung Papat Wong Chee Kiat.
Hadir sama, Ketua Pemuda LDP Negeri Sabah Tsang Hieng Yee, Pegawai Perpaduan Bahagian Sandakan Jambri Giau, Ketua Unit JPJKK Daerah Sandakan ASP Radin Azlen Radin Haun, Pegawai Rela Amir Tajari dan Pengerusi KRT Rancangan Rumah Murah Sim-Sim Asmara Atong.
Raymond berkata rondaan seumpama itu memberi banyak impak positif kepada penduduk meliputi aspek kesihatan dan perpaduan selain mampu membantu pihak berkuasa seperti PDRM, Rela dan AADK dalam mengurangkan jenayah jalanan dan masalah sosial di kawasan kejiranan.
Dalam masa sama, kewujudan SRS dapat memberi keyakinan kepada masyarakat khususnya di kawasan atau perumahan yang tidak berpenghuni.
“Saya dimaklumkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah telah membuat perancangan secara teratur dan tersusun untuk melibatkan PDRM, Rela, AADK dan agensi berkaitan di bawah satu bumbung NKRA Keselamatan.
“Saya percaya akan ada pelbagai perancangan lagi untuk KRT dan SRS di masa hadapan. Oleh itu, saya berharap agar SRS ini dijadikan simbolik di bawah agenda keselamatan jiran tetangga kepada semua KRT di daerah ini serta diperkukuhkan lagi dengan sokongan pemimpin tempatan,” jelasnya. WALAUPUN terpaksa bergelap seketika selepas bekalan elektrik terputus, sambutan Perayaan Krismas Kota Kinabalu di Padang Merdeka tetap disambut meriah pada malam kedua sambutan berkenaan.
Biarpun persembahan bermula agak lewat, iaitu pada jam 8.15 malam, pengunjung sedikitpun tidak berganjak daripada tapak sambutan.
Apabila bekalan elektrik bersambung semula, persembahan malam kedua itu diteruskan dengan koir penuh semangat bagi meraikan Krismas.
Padang Merdeka tetap dibanjiri orang ramai biarpun hujan mula turun dengan lebat.
Perayaan itu dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dengan Majlis Gereja-Gereja Sabah.
Sambutan itu dimeriahkan dengan
300 gerai jualan yang menawarkan pelbagai jenis barangan Krismas, makanan dan minuman.
Majlis berkenaan dihadiri oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong dan isteri Datin Mary Yong dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai.