Utusan Borneo (Sabah)

RM7.5 juta disalurkan kepada 66 SJKC (SBK), lapan SMJK di Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sebanyak 66 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) Sabah telah menerima peruntukan khas daripadake­rajaanPers­ekutuan berjumlah RM6 juta.

Timbalan Menteri Pendidikan II Senator Datuk Chong Sin Woon berkata, sebanyak lapan buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) di sini turut menerima peruntukan itu berjumlah RM1.5 juta.

“Sejak 2012 sehingga kini, SJKC (SBK) telah menerima peruntukan berjumlah lebih daripada RM50 juta, manakala SMJK RM10 juta.

“Sejak Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Kewangan kemudian Perdana Menteri, peruntukan khas ini telah disalurkan kepada semua sekolah SJKC (SBK) dan SMJK di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Penyerahan Cek Peruntukan Kepada SJKC (SBK) dan SMJK Sabah 2017, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, peruntukan yang disalurkan adalah berdasarka­n permintaan dan keperluan sesebuah sekolah berkenaan.

Katanya, pemberian peruntukan itu tidak bersifat berat sebelah kepada manamana pihak sekolah sebaliknya diagihkan secara adil dan saksama.

“Sabah adalah antara negeri yang diberikan peruntukan tertinggi selepas Sarawak, bagaimanap­un pengagihan bantuan itu adalah sama rata dan mengikut keperluan sesebuah sekolah.

“Sabah sebagai contohnya mempunyai banyak sekolah yang terletak di kawasan jauh yang memerlukan lebih banyak peruntukan.

“Kita juga perlu berterima kasih kepada Perdana Menteri di atas keprihatin­an beliau untuk membantu sekolah-sekolah SJKC, SMJK termasuk sekolah Mubaligh dan lain-lain,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menyangkal­sebarangtu­duhan yang dilemparka­n oleh pihak pembangkan­g mengatakan kerajaan mengabaika­n sekolah-sekolah ini.

Katanya, tuduhan itu tidak berasas dan berniat jahat, kerajaan sebaliknya telah menyalurka­n peruntukan yang banyak kepada semua sekolah yang ada di Malaysia.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang, Timbalan Pengerusi MCA Sabah Datuk Francis Goh, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) Datuk Michael Lui serta tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia