Utusan Borneo (Sabah)

POLIS SEDANG SIASAT

Kemungkina­n rakyat Malaysia terbabit militan IS

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Polis kini sedang menjalanka­n siasatan terperinci bagi mengenalpa­sti sebarang pembabitan­rakyatMala­ysia dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata tindakan berkenaan dilaksanak­an susulan penahanan empat warganegar­a Indonesia selepas dipercayai terlibat dengan kumpulan IS awal bulan ini.

“Kesemua warga asing berumur 31 hingga 40 tahun yang ditahan di Sandakan diserahkan kepada Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman untuk disiasat.

“Buat masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan sebarang pembabitan daripada rakyat di negara ini dengan kegiatan kumpulan IS.

“Jika mana-mana pihak terbabit dalam kumpulan keganasan ini tidak kiralah di Sabah atau Semenanjun­g, kita akan mengesan dan melakukan penangkapa­n terhadap mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Perhimpuna­n dan Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1439 H/ 2017

(tiga kiri) bersama Yeo (dua kiri) semasa melakukan perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1439 H/ 2017 peringkat Bandaraya Kota Kinabalu di IPK pada Jumaat.

peringkat Bandaraya Kota Kinabalu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada Jumaat.

Turut hadir Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai dan 12 kumpulan perarakan yang menyertai program terbabit.

Pada 6 Disember lalu, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun mengesahka­n empat warga asing ditahan selepas dipercayai menjadikan Sandakan sebagai transit untuk menyusup masuk ke selatan Filipina bagi menyertai IS di sana.

Kesemua suspek kini disiasat mengikut Akta Keselamata­n (LangkahLan­gkah Khas) 2012 (aKTA 747) (Sosma).

Dalam perkembang­an berasingan Ramli berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama pihak berkuasa Filipina masih giat memburu seorang lagi ahli kumpulan Abu Sayyaf yang masih bebas.

“Selain berhubung dan berkongsi maklumat dengan rakan kita di Filipina, perkara ini juga turut dibincangk­an dalam mesyuarat isu keselamata­n pantai timur Sabah bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman di Lahad Datu pada Khamis,” katanya.

Kira-kira jam 3 pagi pada 4 Disember lalu, Pasukan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menembak mati seorang ahli kumpulan Abu Sayyaf iaitu Abu Paliyak dalam kejadian berbalas tembakan di perairan Laut Silam berhampira­n Pulau Kantung Kalungan.

Limalagian­ggotakumpu­lan Remy yang turut dikenali sebagai ‘Two Brothers’ sudah ditangkap manakala empat yang lain ditembak mati pihak berkuasa Filipina.

 ??  ?? RAMLI
RAMLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia