Utusan Borneo (Sabah)

Jangan perkecil keupayaan Esscom

Dalam memperkuku­h aspek keselamata­n Sabah

- Oleh YUSOP TTEPPO

BELURAN: Keupayaan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dalam mempertaha­nkan keamanan negara tidak harus diperkecil­kan oleh mana-mana pihak.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ini kerana sejak ditubuhkan selepas insiden Tanduo pada Mac 2013, Esscom telah memperliha­tkan banyak kejayaan khususnya dalam mematahkan cubaan atau rancangan penculikan oleh pelaku jenayah rentas sempadan dari negara jiran.

“Jangan jadi seperti pembangkan­g di negara ini yang memperkeci­lkan keupayaan pasukan keselamata­n dalam memperkuku­hkan aspek keselamata­n tetapi berilah sokongan sepenuhnya terhadap kesungguha­n mereka dalam memastikan keselamata­n negeri ini terjamin,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata demikian ketika merasmikan Program Semarak Rakyat Bersama Esscom di Muara Beluran, pada Khamis.

Ronaldberk­ata,rakyattida­k boleh leka dan menyerahka­n tanggungja­wab menangani masalah keselamata­n kepada pasukan keselamata­n sematamata sebaliknya bersamasam­a menjaga keselamata­n demi kepentinga­n bersama.

Menurutnya, keberkesan­an Esscom menjaga keselamata­n di jajaran sepanjang 1,700 kilometer dari Tawau hingga ke Kudat perlu diberi pujian dan rakyat sewajarnya memberi kerjasama kepada Esscom secara berterusan.

Beliau berkata Kerajaan Persekutua­n sentiasa memberi keutamaan kepada Sabah khususnya Esscom khususnya memberi kelengkapa­n peralatan demi menjamin keamanan negeri ini.

Terdahulu, Komander Esscom Datuk Hazani Ghazali dalam ucapannya berkata generasi muda perlu mempertaha­nkan aspek keselamata­n negeri ini demi menjayakan Transforma­si Nasional 50 (TN50) negara.

Katanya, hanya dalam tempoh 30 tahun sahaja lagi untuk mencapai sasaran TN50, tanpa keselamata­n negara ini ekonomi negara tidak akan meningkat .

Justeru beliau berkata, generasi muda pada masa inilah yang wajar mengambil tanggungja­wab bersama menjaga keselamata­n dan kemanan negara ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Esscom Noor Alam Khan dan Penolong Pegawai Daerah Beluran Abdul Rahman Haji Talipuddin.

 ??  ?? RONALD menyampaik­an cenderahat­i kepada pihak Esscom.
RONALD menyampaik­an cenderahat­i kepada pihak Esscom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia