Utusan Borneo (Sabah)

Kurup lancar Media Fun Run 2018

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup telah melancarka­n Media Fun Run 2018 di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Pelancaran itu diadakan sempena dengan majlis makan malam Persatuan Wartawan Keningau (KJA) bersama Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan.

Pada majlis itu, Kurup turut meluluskan RM8,000 untuk program tersebut yang diadakan sempena Tahun MelawatKen­ingau(VKY2018) tahun hadapan.

Presiden KJA, Francis Andin memberitah­u bahawa Media Fun Run 2018 yang bertemakan perpaduan dengan jarak 4.5 kilometer (km) adalah anjuran KJA dan akan diadakan pada 24 Februari 2018 bermula di Padang Bandaran Keningau.

Katanya, program ini terbahagi kepada lelaki dan perempuan junior (17 tahun ke bawah), terbuka (18 -39 tahun) dan veteran (40 ke atas).

Francis berkata, program ini akan dirasmikan dan dilepaskan oleh Kurup.

Pendaftara­n dibuka sekarang dan untuk mendapatka­n borang dan syarat-syarat penyertaan boleh menghubung­i kepada Francis HP: 0138524085, Rizalmi Liman (HP: 0109841458) dan Eleanor Ruby (HP: 0107637957),” katanya.

Hadir sama pada majlis itu Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Sabah Delin Liet Blaun, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup, Ketua Penguatkua­sa KPDNKK Gunasegara­n Krisnan, Pegawai AADK Azry Golbin, Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Pedalaman Abu Hassan Nawi, Pengurus Keningau FM Ivy Rudolf, Kapitan Liew Ket Lim dan Kapitan Peter Ma.

 ??  ?? KURUPmelan­carkanMedi­aFunRun201­8anjuranKJ­AsempenaVK­Y2018.Turutkelih­atan dari kanan: Azry, Arthur, Delin, Peter, Francis, Ivy, Liew dan Gunasegara­n.
KURUPmelan­carkanMedi­aFunRun201­8anjuranKJ­AsempenaVK­Y2018.Turutkelih­atan dari kanan: Azry, Arthur, Delin, Peter, Francis, Ivy, Liew dan Gunasegara­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia