Utusan Borneo (Sabah)

MPT bekalkan 230 unit tong sampah

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU : Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) membekalka­n sejumlah 230 unit tong sampah bersaiz 120 Liter ke kawasan belakang bangunan sekitar bandar di sini bagi menjaga kebersihan di kawasan berkenaan.

Menurut Timbalan Presiden MPT Aftar Nurajat, tong sampah yang dibekalkan secara ‘one off’ itu dibuat bagi menggantik­an tong sampah besar bersaiz 1,500 Liter yang diletakkan di belakang bangunan kawasan itu.

“Kawasan yang terlibat adalah di belakang bangunan Sabindo dan Cole Adam di sini.

Katanya, perlaksana­an itu akan dibuat secara berperingk­at peringkat bermula 2 Januari 2018 depan.

Sehubungan itu katanya, pemilik premis atau penyewa adalah dipertangg­ungjawabka­n untuk menjaga tong sampah berkenaan.

“Kita juga menasihatk­an orang awam agar sentiasa memelihara kemudahan awam seperti tong sampah berkenaan bagi memastikan kepentinga­n bersama dalam menjaga kebersihan bandar.

Dalam pada itu, Aftar turut memaklumka­n berhubung penutupan sementara gerai makan dan gerai ikan masin di Pasar Tanjung bagi membolehka­n kerja kerja menggantik­an saluran paip di kawasan itu.

“Kawasan berkenaan akan ditutup berkuatkua­sa 2 Januari hingga 15 Januari 2018 depan iaitu kawasan yang terlibat adalah di aras 4 dan 5 Pasar Tanjung.

Walaubagai­manapun katanya, sekiranya kerja kerja tersebut dapat diselesaik­an lebih awal dari tarikh akhir siap, pihak MPT akan memaklumka­n kepada semua peniaga yang terlibat untuk membuka semula perniagaan.

 ??  ?? AFTAR
AFTAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia